suria

Mencabar jaga bayi baru lahir ketika pandemik, tapi 3 tip ini mampu selamatkan si comel daripada terkena virus

Bayi yang baru dilahirkan perlu mendapat perhatian dan penjagaan sewajarnya.

BAGI pasangan yang baru menimang cahaya mata, kegembiraan menerima kehadiran orang baharu dalam keluarga sudah pasti, tetapi semestinya ada rasa bimbang memikirkan pandemik ketika ini.

Ini kerana bayi yang baru lahir lebih mudah terdedah kepada virus dan bakteria memandangkan sistem kekebalan tubuh mereka belum matang sehingga usia mereka menjangkau dua ke tiga bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Varian Delta lebih berisiko pada wanita hamil? Ketahui 5 penjelasan penting mengenainya

Dalam kata lain, sistem kekebalan bayi yang berusia dua minggu tidak dapat melawan virus atau bakteria dengan baik berbanding bayi berusia tiga bulan.

Jadi apakah cara dan kaedah terbaik bagi memastikan bayi dalam keadaan baik dan selamat daripada penyakit termasuk Covid-19 yang sedang menggila ketika ini?

Bayi

1. Elak keluar rumah

Jangan sering membawa bayi yang baru lahir keluar dari rumah selain membataskan kontak dengan orang lain.

Jika ada yang ingin mendukung atau menyentuh anak anda, minta mereka mencuci tangan terlebih dahulu atau sebaik-baiknya jangan benarkan bayi dipegang.

2. Suhu badan bayi

Sukar bagi seseorang doktor untuk menentukan apakah virus atau bakteria yang menyebabkan penyakit pada bayi sekiranya tanpa sebarang gejala tertentu.

Bagaimanapun suhu badan bayi yang meningkat tanpa sebab boleh menjadi tanda ia sedang sakit dan sebaik-baiknya perlu dibawa segera ke hospital.

Bayi Vaksin

3. Jangan lengahkan vaksin

Vaksin sangat penting untuk kesihatan bayi dan sebab itu ibu bapa perlu memastikan bayi mendapat suntikan vaksin seperti ditetapkan dan jangan melengahkannya.

Bayi biasanya akan menerima suntikan vaksin pertama ketika berusia dua bulan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI