suria

Bukan hanya gumpalan nasi, air gas dan 3 cara lain juga mampu bantu masalah tercekik tulang ikan

Terkecik tulang ikan boleh menyebabkan rasa tak selesa.

IKAN memang sedap dan kaya dengan pelbagai khasiat tetapi ramai terlepas pandang dengan tulangnya sehingga tercekik di tekak ketika asyik menikmati hidangan ini.

Ramai antara kita yang pernah mengalami perkara ini sehingga menimbulkan rasa panik dan sebab itu juga penting mengetahui cara mengeluarkan tulang yang tersekat dengan betul.

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh cuba ni... Gerakan ‘Superman’ antara kaedah bantu cegah tabiat membongkok

Tulang ikan yang tersangkut di tekak biasanya tidak menyebabkan sebarang masalah serius namun perkara itu boleh menimbulkan rasa panik dan mengganggu keselesaan di bahagian itu.

Beberapa perkara boleh berlaku jika tulang ikan tersangkut di tekak;

unnamed

Terdapat pelbagai cara untuk mengeluarkan tulang ikan yang tersekat di tekak.

1. Batuk

2. Rasa sakit ketika menelan

3. Sukar menelan makanan

4. Rasa menyucuk di bahagian tekak

Kaedah membuang tulang ikan yang tersangkut

Tulang ikan yang tersangkut di tekak sebaik-baiknya dikeluarkan kerana jika dibiarkan ia bukan sahaja boleh menyebabkan rasa tak selesa tetapi sakit.

Jika dibiarkan, lama-kelamaan ia juga dapat menyebabkan beberapa komplikasi seperti luka di tekak, jangkitan kuman dan sakit dada.

tercekik-tulang-ikan

Memotong ikan dalam bentuk filet mengurangkan risiko tercekik tulang ikan.

Berikut adalah beberapa kaedah mengeluarkan tulang ikan yang tersangkut.

1. Batuk secara paksa/dengan kuat bagi membolehkan tulang ikan keluar daripada tekak

2. Minum sedikit cuka bagi membantu memecahkan tulang ikan yang halus

3. Minum air berkarbonat kerana gasnya dapat membantu memecahkan tulang ikan

4. Telan pisang dengan potongan besar untuk menarik tulang ketika menelan pisang

5. Gumpalkan nasi putih dan telan untuk menarik tulang ketika menelan nasi

Risiko tercekik tulang ikan tanpa sengaja boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi kejadian ini lebih mudah terjadi kepada orang yang memakai gigi palsu, kanak-kanak dan warga emas.

Untuk mengurangkan risiko ini, boleh hidangkan ikan yang sudah dipotong dan dipisahkan isi dan tulang (filet ikan) kepada golongan berisiko.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain