suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belum reda Covid-19, kecoh pula virus Marburg... jom ketahui gejalanya

Virus Marburg mula tersebar di Afrika Barat.

KETIKA seluruh dunia masih 'berperang' dengan Covid-19, kini dilaporkan Afrika Barat diserang virus dikenali sebagai Marburg yang pertama kali di kesan di Guinea.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan Marburg mirip dengan virus Ebola salah satu virus yang cukup berbahaya dan boleh membunuh manusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa penting lengkapkan 2 dos vaksin... Fahami penjelasan pakar ini

Virus Marburg bukanlah sejenis virus yang baharu yang ditemui di dunia sebaliknya ia telah wujud sejak 1960-an di mana virus ini pertama kali menyerang pekerja makmal di Jerman.

Virus itu tersebar menerusi kontak dengan seekor monyet yang dibawa dari Uganda. Monyet itu dikatakan sebagai pembawa virus tersebut.

Marburg merupakan patogen yang sangat berbahaya dan bahagian daripada filovirus ini turut dikenali sebagai Ebola.

Bagaimanapun penularan virus ini terhadap manusia berbeza dengan Covid-19. Ia boleh menular melalui cecair tubuh manusia atau darah.

Ia memerlukan dua hingga 21 hari bagi virus ini untuk menunjukkan gejalanya pada manusia. Biasanya seseorang yang dijangkiti akan mengalami demam panas secara tiba-tiba, sakit kepala, sakit sendi, muntah dan cirit-birit.

Gejala ini sebenarnya sukar dibezakan dengan penyakit lain seperti tipus atau malaria.

Pada hari kelima atau ketujuh selepas terdedah kepada virus itu, seseorang boleh mengalami pendarahan ketika muntah, menerusi najis, hidung, gusi dan kemaluan.

Bagi kes yang teruk, pesakit boleh meninggal dunia pada hari kelapan dan kesembilan selepas gejala awal muncul.

Meskipun sangat berbahaya, sehingga kini belum ada vaksin atau perawatan anti-virus untuk penyakit ini. Pun begitu, rehidrasi dengan teknik intravena boleh meningkatkan jangka hayat pesakit.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain