suria

Bukan hanya sebab lapar, perut berkeroncong juga boleh berlaku disebabkan 4 keadaan ini

Perut berkeroncong juga boleh disebabkan tekanan.

PERUT berkeroncong sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat boleh membuatkan seseorang berasa malu apatah lagi jika terdapat ramai orang di sekeliling.

Tapi, bertambah pelik apabila perut tetap mengeluarkan bunyi itu meskipun seseorang berada dalam keadaan kekenyangan. Mengapa perkara itu berlaku?

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan main-main... 5 makanan ini ‘haram’ dimakan sebelum tidur, ketahui sebabnya!

Ia kedengaran aneh tetapi sebenarnya ia satu situasi normal. Dalam dunia perubatan, bunyi itu dikenali sebagai borborygmus dan bukan datang dari perut tetapi usus.

"Biasanya bunyi perut berkeroncong terjadi ketika ada gas berlebihan yang bergerak di dalam usus," jelas pakar gastroenterologi, Dr Laurence Bailen seperti dilaporkan dalam WebMD.

Ada beberapa kemungkinan kenapa perut berkeroncong dan salah satunya adalah tiada kemasukan makanan dalam perut.

Perut Berkeroncong

Makan secara gelojoh juga boleh menjadi penyebab perut berkeroncong.

Perkara itu membuatkan gula dalam darah rendah dan usus tidak boleh mendapat nutrisi yang cukup daripada darah. Akibatnya, perut berbunyi dan ia petanda seseorang perlu makan.

Sebab lainnya termasuklah;

1. Makan terlalu cepat

Bunyi keroncong biasanya disebabkan gas dalam usus. Udara berlebihan terjadi jika usus banyak mendapat gas daripada makanan yang tidak terserap dengan baik.

Salah satu penyebab perut berkeroncong meskipun sudah makan disebabkan kerana cara makan yang gelojoh. Makan terlalu cepat akan membuatkan tubuh mengumpulkan lebih banyak gas dalam perut, makanan juga tidak dikunyah dengan sempurna.

2. Tekanan

Perut mampu bersuara ketika seseorang berasa tertekan atau cemas seperti bakal melakukan pembentangan, temuduga kerja dan sebagainya.

Pakar gastroenterologi, Dr Wil Bulsiewics mengatakan tekanan menyebabkan otot perut berada dalam keadaan menguncup. Gas dan cecair pencernaan memerah melalui usus kecil mengakibatkan perut kembali lapar dan mengeluarkan bunyi.

Perut berbunyi

Perut berkeroncong sebenarnya adalah perkara biasa yang dialami oleh semua orang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Keadaan ini boleh berlaku ketika perut terisi atau kosong.

3. Kerengsaan usus

Jika perut berkeroncong berserta cirit birit atau sembelit, ia mungkin disebabkan berlaku kerengsaan pada usus besar. Ada sesetengah orang sangat sensitif dengan susu atau produk tenusu sehingga mengganggu sistem penghadaman mereka.

4. Kekurangan sukrosa

Penyebab lain perut berkeroncong adalah kekurangan gula dalam darah. Individu yang mengalami kekurangan sukrosa, enzim yang memecah gula dalam tubuh akan menyebabkan perut berbunyi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain