suria

Punca dan cara elak daripada rasa ditindih ketika tidur... yang pasti bukan ‘kerja’ jin!

Ditindih ketika tidur sering dikaitkan dengan aktiviti paranormal seperti gangguan jin.

PASTI ada antara kita yang pernah mengalami situasi cemas apabila tiba-tiba terjaga dari tidur yang nyenyak namun tidak mampu membuka mata atau bergerak.

Keadaan itu turut disertai dengan rasa kebas dan kesemutan pada keseluruhan badan sehingga membuatkan seseorang berasa panik dan takut.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan main-main... 5 makanan ini ‘haram’ dimakan sebelum tidur, ketahui sebabnya!

Ramai percaya bahawa keadaan itu disebabkan oleh 'dihempap' makhluk halus seperti jin. Sebenarnya keadaan itu dikenali sebagai 'sleep paralysis' dan bukannya disebabkan gangguan entiti halus seperti yang dipercayai kebanyakan orang.

Keadaan itu tidak membahayakan tetapi boleh menimbulkan rasa cemas dan sering berlaku kepada individu dalam lingkungan usia 20 ke 30 tahun.

Tidur 2

Sleep paralysis berlaku ketika kita terjaga di antara tidur tetapi tidak dapat menggerakkan badan.

Sleep paralysis atau parasomnia terjadi ketika seseorang sedang tidur di antara sedar dan tidak. Ia sering berlaku dengan pengalaman hypnagogic iaitu halusinasi visual, audio dan sensor. Ia terjadi ketika perubahan di antara tidur dan bangun dan boleh berlaku dalam salah satu daripada tiga kategori;

Intruder: Terdengar suara pintu terbuka, langkah kaki menyeret, bayangan manusia, atau rasa kehadiran yang mengancam.

Incubus: Perasaan tertekan di dada, kesulitan bernafas dengan rasa tercekik atau diserang secara seksual oleh makhluk jahat. Individu percaya bahawa mereka akan mati.

Vestibular-motor: Perasaan berkecamuk, terasa ingin jatuh, melayang, terbang, melayang di atas tubuh seseorang atau jenis lain dari pengalaman di luar tubuh.

Pengalaman ini telah didokumentasikan selama berabad-abad. Orang-orang dari budaya yang berbeza memiliki pengalaman yang sama.

Sleep paralysis biasanya berlaku dalam tempoh singkat dan tidak mengancam jiwa, tetapi orang tersebut mungkin mengingatnya sebagai hal yang menakutkan dan mengerikan.

Tidur 3

Antara perkara yang dirasakan ketika sleep paralysis adalah badan terasa diawang-awangan seperti diangkat oleh sesuatu.

Penyebab sleep paralysis

Ketika tidur, tubuh berada dalam keadaan rileks dan otot-otot tidak bergerak. Sleep paralysis melibatkan gangguan atau fragmentasi dari kitaran tidur yang dikenali sebagai REM.

Dalam sleep pralysis, perubahan tubuh ke atau dari tidur tidak seiring dengan otak. Ia berlaku apabila seseorang itu sedar daripada tidur tetapi tubuhnya masih dalam keadaan tidur.

Otak yang mengesan ancaman itu juga berada dalam keadaan tinggi dan terlalu sensitif. Faktor-faktor yang dikaitkan dengan sleep paralysis antara lain;

1. Narkolepsi

2. Pola tidur tidak teratur, misalnya kerana jet lag atau kerja syif

3. Tidur terlentang

4. Sejarah keluarga

Gejala sleep paralysis

Tanda dan gejala sleep paralysis antara lain;

1. Ketidakmampuan untuk menggerakkan tubuh ketika tertidur atau bangun, berlaku selama beberapa saat atau beberapa minit

2. Tidak dapat bersuara ketika ia berlaku

3. Mengalami halusinasi yang menimbulkan rasa takut

4. Tekanan pada dada, kesukaran bernafas, berpeluh

5. Merasakan seolah-olah kematian menghampiri mereka

6. Sakit kepala dan otot

Tidur Melentang

Antara cara mengelakkan berlakunya sleep paraylsis adalah dengan tidak tidur dalam posisi melentang.

Tiada ubat khusus merawat keadaan ini tetapi pengurusan tekanan, menjaga waktu tidur mampu mengurangkan kebarangkalian ia berlaku. Selain itu terdapat beberapa cara lain untuk memastikan sleep paralysis tidak menghantui seseorang ketika tidur, termasuklah;

1. Pastikan bilik tidur bersih, menggunakan pakaian selesa ketika tidur

2. Mengurangkan paparan cahaya pada waktu malam

3. Tidak bekerja atau belajar dalam bilik

4. Elak tidur siang termasuk selepas waktu Asar

5. Tidak makan makanan berat dua jam sebelum tidur, elak pengambilan kafein

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

6. Jangan tidur dalam keadaan lampu atau televisyen menyala

7. Lakukan aktiviti menenangkan sebelum tidur seperti membaca atau mendengar muzik

8. Elak bermain telefon sebelum tidur

9. Elak tidur dalam keadaan terlentang

10. Jangan bersenam dua jam sebelum tidur

Pemahaman mengenai fisiologi tidur dan mekanisme sleep paralysis merupakan langkah penting untuk mengatasinya. Ini kerana tekanan yang berterusan dan gangguan dalam kitaran tidur boleh memberi implikasi kepada kesihatan yang serius.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Shamsul Anuar letak jawatan menteri