suria

Bukan saja sedap tapi berkhasiat... Ini 5 jus baik buat pesakit darah tinggi

Jus kiwi mempunyai pelbagai vitamin dan cukup bermanfaat dalam merendahkan tekanan darah pesakit hipertensi.

PENYAKIT darah tinggi boleh mendatangkan bahaya sekiranya pesakit tidak mengawal tekanan darah mereka dan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

Bagi golongan dewasa, mereka boleh menghidap penyakit itu sekiranya bacaan tekanan darah 140/90mmHg. Angka 140 itu menunjukkan tekanan jantung mengepam darah ke seluruh tubuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terkejut, duduk di lantai antara rahsia umur panjang!

Manakala angka 90 itu pula, bererti tekanan saat jantung berehat sebelum kembali mengepam darah.

Cara paling baik untuk mencegah dan mengawal penyakit ini adalah menerusi pemakanan seimbang termasuk minuman. Berikut adalah beberapa jenis jus yang cukup baik buat pesakit darah tinggi.

1. Jus tomato

Minum segelas jus tomato setiap hari dapat meningkatkan kesihatan jantung serta menurunkan tekanan darah sistolik dan diastolik termasuk kolesterol jahat (LDL).

2. Jus buah prun

Buah prun adalah buah plum yang dikeringkan dan jusnya popular sebagai cara membantu melegakan masalah sembelit. Menariknya, jus ini juga dapat menjadi minuman bagi menurunkan tekanan darah tinggi.

Selain dapat menurunkan tekanan darah, ia juga mampu menghapuskan kolesterol jahat.

3. Jus delima

Delima kaya dengan nutrisi seperti folat, vitamin C serta kessan anti inflamasi yang kuat. Maka tidak hairan jika jus buah delima dapat memberi manfaat kepada jantung yang sihat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tapi bagi memastikan mendapat khasiat sepenuhnya, pastikan minum jus delima yang asli tanpa dicampur dengan gula!

4. Jus beri

Seperti buah delima, buah beri, terutama beri biru memiliki sifat antioksidan yang kuat.

5. Jus kiwi

Pengambilan sebiji buah kiwi setiap hari terbukti dapat mengurangkan tekanan darah tinggi. Kajian juga membuat perbandingan di antara kesan buah epal dan kiwi pada pesakit dan menemui bahawa penurunan darah secara teratur dan signifikan berlaku pada mereka yang makan kiwi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain