suria

Jangan sampai jadi sarang kuman! Bukan sekadar korek, cuci hidung juga mampu cegah pelbagai penyakit

Mencuci hidung boleh mengelakkan diri daripada pelbagai jenis penyakit.

SIAPA kata hidung tak perlu dibersihkan? Hidung juga boleh menjadi sarang kuman dan perlu dijaga kebersihannya.

Selain membersihkan rongga hidung, penggunaan cecair NaCL yang disembur menerusi lubang hidung dapat mencuci saraf olfaktori yang bertindak sebagai reseptor utama deria bau.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan dongakkan kepala anak ketika hidungnya berdarah, pakar kongsi cara betul hentikan pendarahan

Saraf yang terhidrasi mampu bekerja lebih baik apabila dibersihkan sekali gus menjamin kesihatannya.

Mencuci hidung juga secara tak langsung mengeluarkan debu yang terperangkap dalam hidung dan memperbaiki kualiti pernafasan selain;

1. Mencegah penyakit saluran pernafasan

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bahagian dalam hidung yang bersih mampu mencegah pertumbuhan bakteria, virus dan kulat yang mampu mengganggu sistem pernafasan.

2. Mencegah elergi

Ada antara kita yang elergi terhadap debu. Jika ada sedikit sahaja debu di hidung, pastinya mereka akan bersin tanpa henti selain akan mudah mengalami selesema atau demam.

Mencuci hidung secara kerap boleh mengurangkan gejala disebabkan elergi.

3. Membantu penyembuhan keradangan sinus

Keradangan sinus merupakan keadaan di mana cecair berlendir dihasilkan oleh tubuh terperangkap dalam saluran sinus. Jika ia dibiarkan, lendir tersebut boleh menjadi tempat tumbuhnya bakteria dan jangkitan kuman.

Melakukan proses mencuci hidung boleh membantu mengurangkan risiko keradangan akibat sinus. Cuci hidung akan membersihkan bahagian ini sehingga bahagian paling dalam.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain