suria

Anda terasa sunyi? Jangan terkejut... Jauhi media sosial antara cara atasi kesepian!

Perasaan sunyi boleh menyebabkan seseorang bertambah tertekan.

SEPI mempunyai pelbagai maksud tetapi umumnya menggambarkan perasaan hampa, sunyi, tiada kehidupan sosial serta mengalami tekanan.

Norma baharu akibat pandemik juga banyak mengubah gaya hidup seseorang sehinggakan timbul rasa sunyi dalam diri. Kita perlu sedar bahawa hidup dalam kesepian ini tidak bagus untuk pemikiran dan kesihatan seseorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Sepi itu bukan hanya menyendiri... Kenali 5 tanda anda sebenarnya kesepian!

Jika anda salah seorang yang rasa diri dalam kesepian, ikuti cara ini untuk mengatasinya:

1. Tidur secukupnya

Kebanyakkan orang yang berasa sunyi atau hidup dalam kesepian akan mengalami gangguan tidur. Hal ini akan membuatkan mereka terlalu banyak berfikir (overthinking) terhadap sesuatu perkara.

Oleh itu, jika anda berasa rasa sunyi, penuhi jadual dengan aktiviti berfaedah agar anda mempunyai hari yang produktif dan mudah untuk tidur di malam hari.

2. Fahami perasaan sendiri

Ia merupakan perkara biasa jika sesekali anda berasa sunyi, tetapi jika perasaan itu kerap kali dirasai anda perlu ambil tahu apakah sebabnya.

Jangan menidakkan perasaan anda dan jika anda rasa perlukan teman untuk bercerita, luahankan pada mereka. Sekurang-kurangnya anda akan berasa lega.

3. Jauhi media sosial

Beberapa kajian mendapati rasa sepi itu terjadi ketika seseorang membandingkan hidup mereka dengan orang lain yang dilihat di media sosial.

Jauhi sifat ini kerana ia ternyata dapat memberi kesan buruk kepada kesihatan mental anda - cara terbaik, jauhi media sosial.

4. Fokus pada kualiti bukan kuantiti

Tidak terkecuali perasaan sepi berlaku apabila mereka merasakan diri mereka kurang bersosial dan tidak ramai kenalan berbanding orang lain.

Mereka hanya hidup dalam kumpulan kecil (small circle) dan tidak mempunyai ramai tempat untuk bergantung.

Tahukah anda kualiti lebih penting daripada kuantiti. Tidak bermaksud ramai lebih bagus daripada sedikit. Jika yang sedikit itu lebih setia dan memahami anda kenapa perlu ramai yang tidak mampu memberikan anda kebahagian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain