suria

Telinga berdengung memang mengganggu, kenapa ia berlaku?

Tinnitus berpotensi menyebabkan gangguan tidur dan mengurangkan kualiti waktu rehat seseorang.

TELINGA berdengung atau tinnitus tidak menyebabkan gangguan kesihatan yang serius. Akan tetapi, ia boleh mengganggu aktiviti serta produktiviti seharian.

Menurut Pakar Audiologi, Dr. Sharon Sandridge, tinnitus berpotensi menyebabkan gangguan tidur dan mengurangkan kualiti waktu rehat seseorang.

"Ia juga boleh menjadi penyebab tekanan, rasa cemas dan kemurungan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Petua roti jagung boleh tambah susu badan rupa-rupanya mitos, tetapi tidak salah dimakan!

Jelasnya, penyebab tinnitus biasanya terjadi kerana kerosakan pada bahagian tengah dan dalam telinga. Bahagian tengah telinga berfungsi untuk menangkap gelombang suara dan membawa masuk ke bahagian dalam telinga.

Sedangakan bahagian dalam telinga bertugas mengirimkan implus listrik ke otak dan menterjemahkannya sebagai suara.

Adakalanya, kerosakan bahagian dalam telinga mampu mengubah cara otak memproses suara. Kerosakan gegendang telinga atau tulang kecil pada bahagian tengah telinga juga dapat menganggu proses penyampaian bunyi.

Tumor atau saraf pendengaran juga dapat menyebabkan masalah telinga berdengung. Tidak hanya itu, tinnitus juga boleh berlaku disebabkan oleh;

1. Tahi telinga

Penumpukan kotoran seperti tahi telinga juga boleh mencetuskan masalah berdengung.

2. Kesan ubat-ubatan

Beberapa jenis ubat dapat mempengaruhi pendengaran atau menyebabkan telinga berdengung. Contoh ubat yang mampu mempengaruhi pendengaran adalah aspirin, antibbiotik, anti-kemurungan dan ubat berkaitan kimoterapi.

3. Sakit gigi

Telinga berdengung adakalanya boleh disebabkan sakit gigi atau rahang. Hal ini kerap berlaku kerana otot mengunyah juga memiliki saraf yang terhubung dengan telinga.

4. Kecederaan di kepala

Telinga berdengung juga boleh terjadi disebabkan kecederaan atau trauma di kepala, leher atau rahang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain