suria

Bagai magis... bukan sahaja ramuan hebat masakan, cuka epal 'ubat' mujarab untuk kesihatan

Cuka epal boleh melegakan demam selsema.

RAMAI yang tidak sedar cuka epal mempunyai khasiat terbaik untuk kesihatan.

Kebiasaannya cuka epal digunakan dalam masakan sebagai penambah rasa asli, namun sebenarnya ia berfungsi lebih daripada itu.

Paling penting, anda tidak perlu mengeluarkan wang ringgit untuk membeli produk lain bagi menjaga kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mudah lapar, sembelit antara 5 tanda jika anda kurang makan sayur

Lima perkara yang anda perlu ambil tahu mengenai khasiat cuka epal.



Cuka epal bukan sahaja dijadikan perasa masakan, sebaliknya mempunyai pelbagai khasiat kesihatan.

1. Melegakan selsema

Selsema boleh terjadi secara tiba-tiba, sama ada tidak cukup rehat, perubahan cuaca atau faktor-faktor lain. Apa kata anda ambil satu sudu besar cuka epal dan dicampurkan dengan sedikit madu ke dalam air suam separuh gelas. Minum dan anda akan merasakan kelegaannya.

2. Merendahkan kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung

Kajian dalam Pakistan Journal of Biological Sciences mendapati, tikus yang diberi cuka mengalami pengurangan LDL (kolesterol jahat) dan mengalami peningkatan HDL (kolesterol baik).

Selain itu, epal juga mengandungi pektin, jenis serat yang didapati menurunkan tahap kolesterol.



Cuka epal boleh juga membantu memutihkan gigi.

Seperti mana yang kita ketahui, pengurangan kadar kolesterol juga bermakna risiko penyakit jantung adalah lebih rendah.

Menurut satu kajian dalam Harvard School of Public Health, wanita yang menggunakan cuka sebagai dressings salad didapati memiliki risiko penyakit jantung yang lebih rendah berbanding dressings salad yang lain.

Cuka juga mengandungi kandungan asid klorogenik, antioksidan yang terbukti secara saintifik untuk melindungi individu daripada penyakit jantung.

Dos pektin yang tinggi juga menyumbang secara langsung kepada kesihatan jantung.

3. Memutihkan gigi

Cuka epal juga boleh bertindak sebagai agen pembersih. Ia bukan sahaja membantu menghilangkan kotoran pada gigi anda tetapi juga membunuh bakteria yang menyebabkan penyakit gusi tertentu.

4. Merawat Candida

Candida adalah yis fungi yang hidup di permukaan kulit. Ia membiak dalam persekitaran berasid yang sering disebabkan oleh pemakanan yang buruk.

Cuka epal mengembalikan keseimbangan pH dalam badan dan ia mewujudkan persekitaran beralkali dan menggalakkan pertumbuhan bakteria yang bermanfaat.



Cuka epal boleh melegakan pedih ulu hati.

Bakteria yang sihat ini boleh menyembuhkan candida. Enzim-enzim kaya yang terdapat di dalam cuka epal berfungsi mengawal kehadiran candida.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di Brazil yang bertajuk 'Antifungal Activity of Apple Cider Vinegar on Candida Species Involved in Denture Stomatitis' yang diterbitkan pada tahun 2015, ciri-ciri antikulat cuka epal boleh bertindak terhadap Candida dan menawarkan manfaat terapeutik.

5. Melegakan pedih ulu hati

Pedih ulu hati dan refluks asid sering kali disebabkan oleh asid perut yang terlalu sedikit.

Cuka epal yang berasid, memberikan persekitaran asid yang sama seperti di dalam perut dan membantu pemecahan makanan.

Ini boleh membantu mengubati pedih ulu hati atau refluks asid. Cuka epal juga mengandungi sifat-sifat antimikrob yang boleh menghalang masalah usus yang mungkin menyebabkan refluks asid.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Cuka epal, selsema, kesihatan

Artikel Lain