suria

Hanya 9 minit... apa kata ‘curi’ masa bersenam, bukan joging tapi kayuh basikal

Mengayuh basikal senaman selama 9 minit sehari boleh meningkatkan tahap kesihatan jantung.

HASIL kajian mendapati senaman kayuhan basikal selama lapan minit dan 40 saat atau sembilan minit setiap dua hari sudah cukup untuk meningkatkan tahap kesihatan jantung.

Saintis mendakwa latihan senaman pendek boleh mengurangkan risiko penyakit janting sehingga 15 peratus, begitu juga dapat menghalang daripada penyakit kencing manis tahap 2.

Penyelidikan yang dilakukan itu menunjukkan oksigen dalam badan manusia dipam di dalam saluran darah yang menjadikan seseorang itu lebih cergas dan sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada saja alasan malas bersenam... Wanita 73 tahun bukti usia bukan penghalang untuk ke gim 6 kali seminggu!

Saranan meletakkan basikal senaman di pejabat boleh mengurangkan alasan orang yang tidak cukup masa untuk melakukan senaman lebih kerap.

Malah penyelidik juga yakin kaedah ini memudahkan semua orang untuk bersenam walaupun dengan berpakaian pejabat.



Senaman basikal boleh mengurangkan risiki sakit jantung.

"Tahap kardio respiratori antara penyebab besar masalah kardiovaskular, kanser dan berkaitan," jelas pasukan penyelidik dari Universiti Stirling, Scotland serta Swansea dan Mesir.

Menurut Pensyarah Sains Senaman, Dr Niels Vollaard: "Hasil kajian mendapati rutin efektif menjadikan kesihatan keseluruhan meningkat terhadap peserta kajian.

"Kami juga menemui semua peserta mencapai tahap rutin, penerimaan dan gembria."

Untuk kekal sihat, individu dewasa berusia 19 hingga 64 tahun perlu mencuba untuk kekal aktif dengan sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.

Antara rutin aktiviti yang boleh dilakukan adalah dengan senaman aerobik, berbasikal, berjalan serta melakukan latihan kekuatan dua kali seminggu di bahagian kaki, pinggang, perut, dada, bahu serta lengan. -Dailymail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Kayuh basikal, senaman, pejabat, 9 minit

Artikel Lain