suria

Jika sejak PKP terpaksa bergolok gadai... kini rebut peluang menangi 2 kg emas! Jom ambil tahu bagaimana

Bank Rakyat baru sahaja melancarkan semula Kempen Emas 2 Kilo dengan menawarkan sebanyak 28 hadiah bernilai keseluruhan melebihi RM400,000 atau 2 kg emas.

SEBAGAIMANA kita tahu, tempias pandemik Covid-19 yang melanda banyak memberi kesan kepada masyarakat di negara ini.

Dalam kemelut itu, ada yang terpaksa bergolok gadai demi meneruskan kelangsungan hidup.

Dengan adanya perkhidmatan pajak gadai, ia seolah-olah memberi nafas lega buat mereka yang terkesan teruk dari segi kewangan.

Namun, adakah pusat pajak gadai yang dipilih mereka mampu memberi nilai yang sewajarnya?

Usah risau, dengan adanya perkhidmatan pajak gadai Islam Ar-Rahnu oleh Bank Rakyat, ia bukan sahaja membantu mereka yang mempunyai masalah kewangan, malah boleh dijadikan sebagai tempat simpanan aksesori emas yang selamat serta jauh daripada unsur riba yang dilarang Islam.

Pada masa yang sama, Bank Rakyat juga mahu mendidik masyarakat bahawa emas merupakan satu aset yang boleh dilaburkan untuk melonjakkan ekonomi individu dan berupaya untuk menjana ekonomi negara.

Selain membantu masalah keperluan aliran tunai segera, ia juga boleh menjadi alternatif pembiayaan yang mudah terutamanya kepada usahawan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Satu berita gembira buat anda, Bank Rakyat baru sahaja melancarkan semula Kempen Emas 2 Kilo dengan menawarkan sebanyak 28 hadiah bernilai keseluruhan melebihi RM400,000 atau dua kilogram (kg) emas kepada pelanggan Pajak Gadai-i Ar-Rahnu dan Ar-Rahnu X’Change.

Bermula 15 Julai sehingga 15 November 2020, kempen berkonsepkan ‘Pajak dan Menang’ itu menyeru pelanggan menggunakan khidmat Pajak Gadai-i Ar-Rahnu menerusi 185 cawangan Bank Rakyat dan Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara.

Bank Rakyat juga mahu mendidik masyarakat bahawa emas merupakan satu aset yang boleh dilaburkan untuk melonjakkan ekonomi individu dan berupaya untuk menjana ekonomi negara.

Memasuki tahun ketiga penganjurannya, ia ternyata menerima sambutan hebat pada tahun sebelum ini dengan menyaksikan peningkatan keuntungan sebanyak RM2.4 juta dalam tempoh empat bulan sejak ia dilancarkan.

Malah sehingga kini, ia sudah disertai oleh 240,000 pelanggan.

Menerusi kempen ini, Bank Rakyat mensasarkan pertumbuhan pengeluaran pembiayaan Ar-Rahnu sebanyak 20% dan pertambahan pelanggan sebanyak 2% hingga 5% pada penghujung kempen iaitu pada bulan November 2020.

Pemenang hadiah utama Kempen Emas 2 Kilo akan memenangi 1kg emas yang akan diumumkan selepas kempen berakhir. Hadiah lain yang ditawarkan termasuklah 500 gram, 250 gram dan 10 gram emas.

Salah seorang pememang pada tahun lalu, Zaharah Mustaffa mengakui kemenangan 1kg jongkong emas memberi manfaat buat keluarga khususnya kedua orang tuanya.

"Secara peribadinya, saya menggalakkan masyarakat untuk tidak melepaskan peluang untuk menyertai kempen ini yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan kepada pelanggan.

"Bagi saya dan keluarga, hadiah ini amat berharga kerana emas merupakan aset yang begitu bernilai.

"Alhamdulillah, hasil kemenangan ini saya dapat membantu kedua ibu bapa saya untuk membaik pulih rumah mereka serta membayar pembiayaan perumahan saya, ” ujar pembantu tadbir sekolah rendah dari Kulim, Kedah itu.

Bagi yang berminat dan mempunyai sebarang kemusykilan, anda boleh menghubungi talian tele-Rakyat di 1300-80-5454 atau kunjungi laman web korporat di www.bankrakyat.com.my atau laman media sosial rasmi Bank Rakyat, @mybankrakyat (Facebook, Instagram dan Twitter).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain