suria

Betul ke berjalan selepas makan baik untuk kesihatan? Jom ambil tahu fakta ini

Berjalan kaki selepas makan sebenarnya dapat memberi manfaat kepada kesihatan kita.

KITA mungkin pernah mendengar nasihat agar tidak terus duduk atau tidur selepas makan agar tidak mengganggu sistem pencernaan.

Atas sebab itu juga, ada di antara kita yang memilih untuk berjalan selepas makan kerana menganggap ia mampu memberi kesan positif kepada sistem pencernaan dan kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Elak sarapan terlalu awal, apa sebabnya? Ketahui 5 waktu makan terbaik setiap hari

Meskipun tiada kajian khusus mengenainya, namun secara umum aktiviti fizikal memang memberi kesan positif kepada kita.



Melakukan senaman selepas makan dapat memberi manfaat kepada sistem pencernaan.

Gerakan tubuh dapat meningkatkan rangsangan pada perut dan usus sehingga makanan dapat bergerak dengan lancar. Selain itu, senaman ringan seperti berjalan kaki juga dapat memberi perlindungan pada saluran pencernaan.

Aktiviti fizikal ini juga dikatakan dapat melindungi diri kita daripada risiko penyakit berkaitan usus, sembelit dan pedih ulu hati.

Bagi penderita penyakit diabetes, aktiviti ringan ini juga dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah agar tidak terlalu tinggi.



Sebaik-baiknya berjalan antara 10 ke 15 minit selepas makan.

Ia juga dapat memberi manfaat kepada mereka yang tidak mengalami penyakit tersebut.

Jika kena pada gayanya, berjalan kaki selepas makan dapat membantu mengurangkan berat badan selain membuatkan perut rasa selesa dan tidak kembung.

Sebaik-baiknya, jangan terus berjalan selepas makan, sebaliknya tunggu 10 hingga ke 15 minit dan berjalan secara perlahan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

diabetes, berjalan, pencernaan, tidur,

Artikel Lain