suria

Masak sayur tanpa minyak antara 8 tip mudah kawal pemakanan harian elak kolesterol tinggi

Kawal pengambilan makanan harian bagi mengurangkan tahap kolesterol dalam badan.

SETIAP orang mempunyai paras kolesterol yang berlainan kerana ia lebih dipengaruhi dengan gaya hidup.

Setiap hari corak pemakanan anda mempengaruhi kadar kolesterol dan jika tidak dikawal ia boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan.

Mengawal pengambilan makanan yang enak tanpa mengetahui kadar kolesterol bukannya mudah dan di sinilah pentingnya disiplin diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Mudah lapar, sembelit antara 5 tanda jika anda kurang makan sayur

Minum susu rendah lemak.

Perlu diingat, mencegah lebih baik daripada merawat dan tahap kesihatan diri anda tentunya terletak di tangan anda sendiri.

Lapan tip di bawah ini boleh membantu anda dengan berkesan untuk mengawal kadar kolesterol dalam badan.

Elak mengambil kuning telur yang mempunyai kolesterol tinggi.

1. Elakkan mengambil makanan berkolesterol seperti daging dan kuning telur. Makan putih telur berbanding mengambil sebiji keseluruhannya.

2. Elakkan mengambil snek dan makanan segera.

3. Disarankan mengambil lebih banyak sayuran, salad yang disediakan bersama cuka epal atau lemon.

Pilih minyak masak yang bersesuaian seperti minyak bunga matahari atau zaitun.

4. Masak sayuran tanpa menggunakan minyak.

5. Mengambil minuman bersusu atau yogurt yang rendah lemak.

Banyakkan pengambilan sayuran atau salad dalam menu harian.

6. Gunakan minyak bunga matahari, minyak jagung atau minyak zaiton.

7. Kurangkan pengambilan sumber makanan berasaskan lemak daging, atau kulit ayam.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Kolesterol, kawal makanan

Artikel Lain