suria

Kenapa penting ibu bapa ajar pendidikan seks kepada anak?

Menurut seorang penceramah bebas, Mohd Fairuz Abu, pendidikan seks ini sepatutnya dimulakan oleh ibu bapa.

NGERI rasanya apabila menonton berita sama ada di televisyen ataupun dada-dada akhbar mengenai kes cabul dan rogol membabitkan pelajar sekolah.

Lebih mengejutkan dan mungkin sukar dihadam, mereka yang terbabit dalam permasalahan ini merupakan pelajar sekolah rendah.

Pasti tidak terjangkau dek fikiran kita, bagaimana kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun mampu melakukan perbuatan sedemikian. Di manakah silapnya?

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Male birth control’ bukan penyebab mati pucuk! Wahai lelaki… ketahui 4 kaedah berkesan kawal kehamilan 

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Derita insomnia antara punca kemurungan dan ‘anxiety’, ketahui tip dapat tidur lena 

Menurut seorang penceramah bebas, Mohd Fairuz Abu, antara salah satu  faktor yang mendorong terjadinya kes-kes sedemikian adalah disebabkan kurangnya pendedahan mengenai pendidikan seksualiti terhadap kanak-kanak.

“Kalau sebut pendidikan seks, pasti masyarakat melihat ianya merupakan tanggungjawab guru dan sekolah. Namun, sebenarnya lebih tepat, pendidikan seks ini sepatutnya dimulakan oleh ibu bapa.

“Contohnya, ibu bapa perlu memberitahu atau mengajar anak-anak mereka seawal mungkin mengenai perkara asas, contohnya anatomi manusia.

“Terangkan istilah atau nama sebenar setiap bahagian badan manusia. Dan kemudian, terangkan mengenai isu seksualiti, contohnya sentuhan yang tidak sewajarnya di bahagian tertentu, aurat antara lelaki dan perempuan dan lain-lain.

Mohd Fairuz Abu.

“Perkara-perkara asas yang nampak remeh inilah sebenarnya memberikan impak yang besar,” katanya sambil menambah, penerangan yang tidak tepat akan mengakibatkan kekeliruan sekaligus menyumbang kepada lemahnya pengetahuan seks di kalangan kanak-kanak.

Berikut merupakan perkongsian Mohd Fairuz menerusi bebenang di Twitter yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa:

1) Kognitif - Organ seks paling penting dlm tubuh badan manusia bukan zakar mahupun vagina, tapi otak. Bila dari kecil ibu bapa tak ambil peranan untuk tanamkan ‘mindset’ yang betul pasal seks pada anak, itu yang anak mudah tertarik bila kawan sekolah cerita bab ini.

2) Emosi - Bila anak-anak tahu pendidikan seksualiti merangkumi emosi, maka mereka akan faham kenapa rogol itu salah dan ia satu jenayah.

3) Sosial - Dalam dimensi ini anak-anak patut faham batas sentuhan dengan kawan-kawan. Perlu tahu bezakan antara sentuhan yang dibenarkan dan yang tak dibenarkan.

4) Spiritual - Jika tidak dipacu dengan agama, maka manusia tak ada beza dengan binatang, bahkan lebih sesat dari itu.

Artikel Lain