Malas bersenam? Apa kata cuba berjalan kaki kerana ada 5 manfaat untuk kesihatan anda - Famili | mStar

Malas bersenam? Apa kata cuba berjalan kaki kerana ada 5 manfaat untuk kesihatan anda

Berjalan kaki mempunyai banyak manfaat seperti mana senaman lain. Gambar Sekadar Hiasan

"SAYA tiada masa dan sibuk bekerja." Itu antara alasan biasa yang diberikan kebanyakan daripada kita apabila ditanya mengenai aktiviti sihat seperti bersenam.

Jika malas sangat hendak bersenam apa kata mulakan dengan aktiviti berjalan kaki? Ia bukan sahaja mudah tetapi mendatangkan pelbagai manfaat kepada kesihatan termasuk lima perkara ini;

ARTIKEL BERKAITAN: Selain serai, 5 tumbuhan ini mampu halau nyamuk di rumah anda

1. Membakar kalori

Berjalan kaki termasuk dalam kategori senaman kardio. Jika anda berjalan dengan cepat, sebanyak 100 hingga ke 300 kalori mampu dibakar dalam tempoh 30 minit berjalan.

2. Kurangkan serangan jantung

Berjalan selama 30 minit setiap hari dapat mengurangkan risiko penyakit dan serangan jantung sehingga 19 peratus.

Berjalan kaki setiap hari dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. 

3. Memperkuatkan tulang dan sendi

Aktiviti itu juga boleh melatih kita menahan beban tubuh sendiri dan kerana itu juga ia sekaligus memperkuatkan tulang dan mencegah Osteoporosis.

4. Memberi tenaga

Manfaat lain berjalan kaki adalah mengurangkan rasa lesu dan meningkatkan tenaga. Ini kerana ketika berjalan badan kita akan meningkatkan aliran oksigen ke seluruh badan serta kadar kortisol, epinefrin dan noepinefrin.

5. Meningkatkan tahap metabolisme

Bersenam dan berjalan kaki juga meningkatkan tahap metabolisme badan seseorang dalam melawan penyakit ringan seperti batuk, demam dan selesema.

Berjalan Kaki , Senaman , Jantung , Metabolisme

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain