Sering dapat mesej mengurat di IG, ini 3 cara tolak secara baik - Famili | mStar

Sering dapat mesej mengurat di IG, ini 3 cara tolak secara baik

Semakin ramai menggunakan media sosial seperti Instagram untuk mencari cinta. Gambar Sekadar Hiasan

BOLEH dikatakan hampir setiap inidividu mempunyai akaun Instagram untuk berkongsi gambar dengan pengikut di laman sosial itu.

Namun sejajar dengan perubahan teknologi itu sendiri, Instagram bukan sahaja tempat untuk berinteraksi dengan kenalan namun tempat mencari jodoh!

Jadi jangan terkejut jika tiba-tiba anda mendapat mesej peribadi daripada orang yang anda tidak kenali.

Tidak salah untuk menambah kenalan, namun sebenarnya anda perlu berhati-hati apabila mendapat mesej daripada orang tidak dikenali.

Sebenarnya anda tidak perlu pun memberi sebarang respons jika berasa tidak selesa dan sekiranya mesej itu mengganggu anda adalah lebih baik abaikannya atau menyekat akaun pihak tersebut.

Tapi jika yang menghantar mesej ingin 'mengorat' anda itu dikenali - terdapat pelbagai cara untuk membalas mesej sekiranya anda tidak mahu mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan mereka tanpa menyakitkan hati sesiapa.

Ini kerana lebih lama anda melayan ia boleh mengakibatkan salah faham di kemudian hari dan berikut ada tiga cara terbaik menolak cinta mereka;

1. Beri penghargaan

Jika anda tidak selesa dengan ajakan diterima, jangan menolak dengan kata-kata kasar sebaliknya berikan penghargaan atas minat ditunjukkan pihak tersebut.

Sebaiknya ucapkan terima kasih serta tulis kata-kata baik seperti saya mendoakan anda bertemu dengan pasangan sesuai serta mendoakannya.

2. Berterus terang

Mungkin anda rasa berat hati untuk berterus terang tetapi ini adalah cara terbaik untuk membantu individu berkenaan move on.

Menurut pakar perhubungan, Erika Ettin, seseorang itu sebenarnya tidak perlu memberikan penjelasan sebaliknya cukup sekadar berkata tidak.

"Jika seseorang itu tidak dapat menerimanya, itu bukan masalah anda kerana paling penting anda tahu apa yang anda mahukan," katanya.

Jadi cukup sekadar memberitahu anda tidak berminat tanpa memperjelaskan dengan terperinci sebab-sebab anda.

3. Tunjukkan rasa simpati

Meskipun tidak perlu menjelaskan sebab anda menolak, itu bukan bererti anda boleh menyakiti hati individu yang menyukai anda.

Sebaliknya pemilihan perkataan yang tepat sangat penting dalam menolak sesuatu ajakan di media sosial agar tidak menyinggung perasaannya.

Daripada memberitahu anda bukan pilihan saya adalah lebih manis jika menggunakan saya percaya kita bukan pasangan serasi. - TEMPO 

Instagram , Jodoh , Cinta

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain