Sempena bulan kesedaran autisme, kenali simptom insan istimewa ini - Famili | mStar

Sempena bulan kesedaran autisme, kenali simptom insan istimewa ini

Adam (kanan) merupakan seorang remaja yang menghidapi autisme dan bapanya, Iman (kiri) aktif mempromosikan kesedaran tentang ASD di laman Instagram keluarga mereka. - Gambar hiasan

TAHUKAH anda bahawa simptom autisme mula dikesan pada tiga tahun pertama usia kanak-kanak?

Malahan ada juga bayi yang mempunyai tanda-tanda autisme sejak dilahirkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pusat beli-belah perkenal kit Autsome, tawar kemudahan mesra autisme

Menurut garis panduan Pengurusan Gangguan Spektrum Autrisme (ASD) Dalam Kanak-Kanak dan Dewasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2014, tiada kajian tentang penyakit epidemik terhadap sebaran ASD di negara ini.

Memetik laporan NDTV, terdapat beberapa gangguan yang diklasifikasikan di bawah ASD:

1. Gangguan autistik

Ia dikategorikan melalui masalah dengan komunikasi dan interaksi sosial.

2. Gangguan penyerakan zaman kanak-kanak

Autisme jenis ini kebiasaannya memberi kesan kepada kanak-kanak sekurang-kurangnya selama dua tahun.

Kemudian mereka hilang kemahiran berkomunikasi dan sosial, namun spektrum ini sangat jarang berlaku.

3.Sindrom Asperger

Gambar hiasan. - Pixabay

Kanak-kanak yang mempunyai sindrom Asperger turut mengalami masalah sosial seperti gangguan autistik.

Mereka mempunyai ruang minat yang terhad, tetapi mereka tidak bermasalah daripada segi bahasa, sebaliknya  boleh menunjukkan kemampuan setara atau lebih lagi daripada pelajar lain.

4. Gangguan perkembangan yang meluas

Gangguan ini dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami beberapa kelakuan autistik, tetapi mereka tidak termasuk dalam mana-mana kategori ASD di atas.

Empat ciri yang dinyatakan sebagai asas untuk mengenal anak-anak autisme, namun anggota masyarakat seharusnya lebih peka dengan keadaan golongan istimewa itu kerana mereka tidak minta untuk dilahirkan sedemikian.

Pelakon Zarina Zainuddin bergambar bersama salah seorang anak kembarnya, Azil yang menghidapi autisme. - Gambar hiasan/Instagram @zarinazainuddin_

Ada yang nampak normal tapi sebenarnya mengalami gangguan autistik, malahan ada ibu bapa yang menafikan masalah yang dialami anak mereka kerana malu mempunyai zuriat sedemikian sedangkan keadaan itu boleh memberi kesan buruk kepada masa depan anak syurga itu.

Jadi, umumnya buka minda dan tidak bertanggapan negatif terhadap insan ini kerana dalam kelemahan itu ada kelebihan yang dikurniakan kepada setiap seorang daripada mereka.

April adalah bulan kesedaran autisme, jadi sebarkan mesej ini agar semua pihak lebih mengerti perilaku golongan ini. Ingat! Mereka tidak minta untuk dilahirkan sebagai anak istimewa.

autisme

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Mayat Nora Anne sudah dituntut