Pusat beli-belah perkenal kit Autsome, tawar kemudahan mesra autisme

Kanak-kanak autisme menunjukkan kreativiti mereka pada pelancaran Kesedaran Autisme Sedunia 2019 di Sunway Putra Mall pada Selasa.

JANGAN tak percaya di Malaysia sudah ada pusat beli-belah mesra austisme dan sudah tentu sekali sesuai dikunjungi individu serta keluarga insan istimewa itu.

Jadi, ibu bapa atau keluarga yang memiliki anak-anak bermasalah Gangguan Spektrum Autisme (ASD) dapat membawa mereka bersiar-siar di pusat beli-belah berkenaan tanpa perlu bimbang dengan suasana persekitaran yang tidak selesa.

Bagi anda yang belum tahu, golongan austisme boleh menjadi terlalu sensitif terhadap keadaan sekeliling yang bising, bercahaya dan suhu (panas atau sejuk).

Mereka juga boleh jadi tidak sensitif terhadap rasa sakit sehingga kerap mencederakan diri sendiri.

Berasaskan kesedaran itulah, Sunway Putra Mall yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur muncul sebagai pusat beli-belah pertama di Malaysia yang mengetengahkan konsep mesra austisme.

Inisiatif yang diperkenalkan sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2019 itu menetapkan satu hari khas untuk golongan autisme berkunjung ke pusat beli-belah tersebut.

Kanak-kanak yang menghidapi autisme boleh mengaktifkan ransangan di dinding deria yang terletak di aras dua dan tiga pusat beli-belah ini. - Foto Sunway

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Beli-Belah dan Taman Tema Sunway Chan Hoi Choy berkata, pihaknya memutuskan untuk menjadikan setiap Selasa (kecuali cuti umum) sebagai Hari Beli-Belah Mesra Autisme yang mula diperkenalkan sejak 8 Januari lalu.

"Usaha in untuk menyediakan pengalaman beli-belah yang inklusif dan selesa sambil meningkatkan pemahaman serta penerimaan awam terhadap penghidap Gangguan Spektrum Autisme (ASD).

"Ibu bapa yang memiliki anak autisme sering mengelak daripada berkunjung ke pusat beli-belah kerana ia akan menyebabkan anak mereka sukar mengawal perasaan.

"Cabaran terbesar mereka ketika berada di pusat beli-belah adalah cahaya yang terang, bunyi bising dan kawasan yang sesak dengan orang ramai," katanya.

Ibu bapa yang memiliki anak autisme sering mengelak daripada berkunjung ke pusat beli-belah kerana ia akan menyebabkan anak mereka sukar mengawal perasaan.

H. C. CHAN

CEO Pusat Beli-belah dan Taman Tema Sunway

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada sambutan pelancaran Kesedaran Autisme Sedunia 2019 di Sunway Putra Mall pada Selasa.

Setiap Selasa, pusat beli-belah tersebut menawarkan kemudahan seperti tempat letak kereta khas, bantuan membawa beg beli-belah dan lain-lain pertolongan sekiranya diperlukan.

Selain itu, mereka juga akan diberikan kit 'Autsome' (gabungan perkataan autisme dan awesome) seperti pelekat kereta, pita pergelangan tangan untuk tujuan identifikasi mudah termasuk maklumat berkaitan kaedah menikmati kemudahan mesra autisme.

Tidak cukup dengan itu, cahaya lampu akan dimalapkan dan bunyi muzik diperlahankan serta menyediakan 'lorong keutamaan' di beberapa premis yang terlibat.

Bilik tenang yang dikhaskan untuk golongan autisme di Sunway Putra Mall. - Foto Sunway

Tambah menarik, sebuah bilik tenang disediakan di aras bawah dan dilengkapi dengan permainan deria (sensory toys), selimut tebal, minyak pati dan bean bags.

Bilik berkenaan boleh digunakan sekiranya penghidap autisme tiba-tiba menjadi agresif.

Di samping itu, Sunway Putra Mall turut menyediakan dinding deria (sensory wall) yang dilengkapi dengan tekstur mesra deria di aras dua dan tiga bangunan tersebut.

Untuk maklumat lanjut, orang awam boleh mengikuti perkembangan berkaitan Autsome di laman Facebook dan Instagram rasmi Sunway Putra Mall atau layari laman web www.sunwayputramall.com/autsome/ atau hubungi mereka di talian 03-2786 9333.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain