suria

Orang bujang dan ibu-ibu... ini 7 kesalahan lazim perlu dielak ketika guna microwave

Pastikan anda guna kaedah yang betul untuk memanaskan makanan di dalam ketuhar gelombang mikro. - Eat This

MEMILIKI ketuhar gelombang mikro (microwave) di rumah memang mampu menjimatkan masa anda untuk menghangatkan kembali makanana atau minuman.

Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang sibuk dan sentiasa mengejar masa untuk menyiapkan rutin harian.

Tapi, adakah anda menggunakan ketuhar gelombang mikro dengan betul selama ini?

Laman web Eat This ketika memetik editor kanan Cook’s Illustrated memberitahu terdapat beberapa kesalahan besar yang biasa dilakukan ketika menggunakan ketuhar gelombang mikro:

1. Memanaskan makanan tanpa penutup

Jangan lupa gunakan penutup. - Shutterstock

Penutup bekas makanan bukan sahaja menghindarkan anda daripada bahaya, tetapi ia juga memastikan makanan anda dimasak secara sama rata.

"Gunakan penutup atau pengawal percikan yang selamat untuk ketuhar gelombang mikro.

"Ini boleh membuatkan pengewapan membantu makanan dimasak dan pada masa sama merendahkan percikan berlaku," kata penilai chef Suzanne Lasagna di Sekolah Kulinari Seni Auguste Escoffier di Los Angeles, Amerika Syarikat.

2. Menggunakan penutup yang salah

Jangan sesekali menggunakan styrofoam dalam ketuhar gelombang mikro!

"Elakkan letak balutan plastik dan beg kertas di dalam ketuhar kerana ia mengandungi bahan kimia tidak sihat dan boleh meresap masuk ke dalam makanan," kata Lasagna.

3. Guna bekas yang tidak selamat-haba

Walaupun memang lebih mudah untuk memanaskan makanan dalam bekas plastik ke dalam ketuhar gelombang mikro, luangkanlah masa beberapa minit untuk memindahkan makanan sejuk ke dalam bekas sesuai untuk kesihatan jangka panjang.

Anda boleh guna bekas yang dilabel selamat-haba seperti kaca tahan haba atau seramik.

4. Memanaskan makanan bersama peralatan besi

Elak masukkan sudu atau garfu besi di dalam ketuhar. - Shutterstock

Pastikan anda tidak memasukkan sebarang peralatan besi ke dalam ketuhar gelombang mikro kerana ia boleh merosak dan mencetuskan api.

5. Tidak memantau makanan yang dipanaskan

Jangan tinggalkan makanan di dalam ketuhar tanpa pemantauan supaya makanan tidak memercik atau dipanaskan secara berlebihan.

6. Makan makanan sebaik dikeluarkan dari gelombang mikro

"Biarkan makanan rehat seketika selepas dipanaskan agar haba boleh merebak secara rata.

7. Memanaskan makanan mudah meletup

"Sesetengah makanan tidak sesuai untuk dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro seperti telur," kata Lasagna.

ketuhar gelombang mikro

Artikel Lain