suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita kongsi rahsia tanak pulut ‘cantik kejadian’, mudah tapi jangan sesekali langgar larangan!

Pulut yang ditanak begitu 'menjadi' sekali gus membuka selera. -Foto FB Naimah Kasim

SELAIN nasi, pulut juga menjadi salah satu menu pilihan ramai untuk dinikmati sama ada ketika sarapan pagi atau waktu santai.

Dipadankan pula bersama ikan kering, durian, mangga atau harumanis, silap hari bulan boleh bertambah dua hingga tiga pinggan!

Namun, apa yang menjadi kegusaran apabila pulut yang ditanak adakalanya menjadi keras, patah, lembik dan melekat pada periuk.

Sudahlah 'tidak menjadi', satu kerja pula nak menyental periuk... memang mengecewakan!

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu pengukus, ini cara ekspres masak pulut... Guna periuk nasi je, semudah ABC!

Bagi yang belum mahir cara nak tanak pulut, apa kata anda cuba teknik dan tip sebagaimana yang dikongsi oleh Naimah Kasim.

Cara-caranya:

1) Basuh beras pulut (tak perlu direndam)

pulut 2

Air berlebihan dibuang sedikit ketika pulut sedang mendidih.

2) Masukkan air lebih seperti menanak nasi

3) Jangan kacau langsung untuk mengelakkan pulut hancur

4) Apabila sudah mendidih, perlahankan api dan tuang air, tinggalkan sedikit sahaja di dalam periuk

5) Dilarang kacau sama sekali selepas air dibuang

pulut 3

Periuk ditutup dan pulut dimasak pada api perlahan.

6) Tutup periuk dan kekalkan api perlahan

7) Tunggu dalam beberapa minit sehingga pulut masak

Hasilnya, pulut yang ditanak menjadi cantik seperti nasi dan tidak patah-patah.

Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain