suria

Perapan istimewa Ultimate Chicken Taco beri nikmat dan rasa berbeza ayam goreng garing

Ultimate Chicken Taco, menu baharu daripada Taco Bell.

JENAMA makanan segera popular Amerika, Taco Bell, tampil dengan satu lagi menu baharu khas untuk mereka yang menggemari ayam goreng garing.

Sajian Ultimate Chicken Taco membawakan kulit taco tersendiri yang diperbuat sepenuhnya daripada ayam garing yang telah diperap rapi, kemudian diisi dengan sos ranch berkrim, daun salad segar, keju cheddar sedap masam, dan ditaburi tomato potongan dadu.

Sajian terbaharu ini memberikan sentuhan yang nyata berbeza dalam pilihan makanan kegemaran rakyat Malaysia.

"Semangat jenama kami, #LiveMás #LiveKawKaw sesungguhnya dipacu oleh inovasi. Kami mahu mengejutkan dan menggembirakan pelanggan kami dengan hidangan ayam garing dalam menu yang mengubah sama sekali cara mereka menikmati ayam, tetapi dengan gaya Taco Bell yang unik," kata Pengendali Prinsipal Taco Bell Malaysia, Harris Beh.

Ultimate Chicken Taco boleh didapati hanya untuk tempoh terhad sahaja, jadi cepat kunjungi restoran Taco Bell untuk menikmati ayam goreng garing yang pasti menambat selera hari ini!

ARTIKEL BERKAITAN: Taco Bell perkenal menu baru Quesarito, gabungan burrito dan quesadilla dengan sos keju mewah... Memang wajib cuba!

Pelanggan boleh menikmati Ultimate Chicken Taco sebagai sajian 'a la carte' atau mendapatkan kombo yang disediakan bersama cip nacho rangup dan minuman ringan pilihan.

TACO 2

Ultimate Chicken Taco boleh dinikmati sebagai sajian 'a la carte' atau kombo.

Satu lagi berita baik bagi penggemar hidangan tradisi masyarakat Mexico ini, Taco Bell mengumumkan akan membuka empat lagi restoran di Lembah Klang pada beberapa minggu akan datang di lokasi popular iaitu di Bangsar, Bangi, Avenue K dan AEON Metro Prima.

Sementara itu restoran kedua Taco Bell di Pulau Pinang juga akan dibuka di Batu Kawan.

Dengan pembukaan restoran baharu ini, Taco Bell terus memudahkan orang ramai menikmati makanan ala Mexico yang menyelerakan, termasuk sajian menu unik seperti Taco Supreme, Crunchwrap Supreme, Loaded Nachos, Bell Rice Bowl, dan Ultimate Chicken Taco baharu.

Lebih best, khidmat penghantaran juga disediakan menerusi Grab dan Foodpanda. Ayuh apa tunggu lagi? Jom serbu Taco Bell berhampiran anda!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain