suria

Makan ayam puas-puas! Rebut promosi 3 KFC Snack Plate dengan harga RM33

KFC kembali dengan promosi 3 hidangan Snack Plate dengan harga RM33.

BERITA baik untuk penggemar ayam goreng KFC.

KFC bakal mengembalikan semula Promosi tiga KFC Snack Plate dengan harga RM33!

Promosi ini hanya berlangsung selama tiga hari dari 12 hingga 14 Disember 2022, 10 pagi hingga 10 malam, melalui KFC Self Collect di aplikasi KFC atau di laman www.KFC.com.my.

Pelanggan bakal menikmati tiga Snack Plate yang mengandungi sejumlah enam ayam Original atau Hot & Spicy, tiga Kentang Putar (4oz), tiga Coleslaw (4oz), dan tiga roti butterscotch.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling, pihaknya sentiasa ingin menggembirakan hari pelanggan dengan produk yang lazat, berkualiti tinggi, dan berbaloi.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasai kek red velvet dalam bentuk smoothie di Coolblog... Lagi sedap kalau nikmati bersama biskut gingerbread

"Jadi, jangan ketinggalan tawaran promo tiga Snack Plate untuk RM33 ini! Kami berharap promo ini membawa memori gembira ketika dinikmati bersama rakan dan keluarga pelanggan," katanya.

Bagaimana cara membuat pembelian promosi ini? Mudah saja!

Pelanggan perlu mendaftar dan log masuk aplikasi KFC atau melalui www.KFC.com.my.

Promosi ini terhad kepada dua pembelian tiga Snack Plate untuk RM33, bagi setiap pelanggan berdaftar.

Untuk makluman tambahan, promosi ini hanya boleh didapati di seluruh restoran KFC Self Collect kecuali Legoland/Mall of Medini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

KFC, promosi KFC, Snack Plate, selera

Artikel Lain