suria

Sepang syurga makanan... 6 lokasi ini pasti buka selera anda, rugi tak singgah!

Antara hidangan yang disediakan di enam port makanan menarik di Sepang.

APABILA ditanya nak makan di mana, pasti anda rasa buntu! Situasi itu sering berlaku tidak kira sama ada untuk mengisi waktu rehat bekerja mahupun ketika meluangkan masa bersama keluarga.

Bagi yang berada di sekitar daerah Sepang, Selangor, apa kata anda berkunjung ke enam lokasi ini.

Bukan sahaja port menarik dan selesa tetapi hidangan yang ditawarkan cukup memuaskan dan menepati citarasa anda.

Senandung Malam Seafood

1. Senandung Malam Seafood, Bagan Lalang

Menawarkan makanan laut dengan harga yang berpatutan, anda pasti rambang mata kerana kesemuanya segar dan pelbagai.

Pilih dan request apa sahaja cara masakan yang anda suka.

Senandung Malam Seafood ialah restoran ‘outdoor’ yang menghadap pantai dan dibuka bermula pukul 5 petang.

Jadi pelanggan boleh menikmati hidangan sambil menikmati angin bayu dan menyaksikan matahari terbenam. Jika anda dari Kuala Lumpur, perjalanan mengambil masa hanya satu jam.

The Tepen @thetepen.my

2. The Tepen, Cyberjaya

Anda ada masalah memilih antara masakan Itali dan Malaysia? Kenapa tidak pilih sahaja kedua-duanya?

The Tepen di Tamarind Square, Cyberjaya menyajikan hidangan gabungan Asia yang terbaik.

Dengan pasta aglio olio bersama bunga kantan ataupun salmon panggang dalam laksa, restoran ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba menu yang unik dan berbeza.

Bercakap tentang kelainan, The Tepen turut menghidangkan nasi putih dalam buluh bersama pilihan lauk pauk dan pelbagai pencuci mulut yang klasik.

Jadi, jangan lupa untuk kunjungi restoran berinspirasi retro ini apabila anda berkunjung ke Cyberjaya.

Pak Ngah Cyber Kopitiam

3. Pak Ngah Cyber Kopitiam

Teringin menu yang lebih ringkas seperti telur separuh masak dan roti bakar ala sarapan western? Apa kata anda berkunjung ke Pak Ngah Cyber Kopitiam.

Terletak di Cyberjaya, kopitiam bergaya moden ini menghidangkan sajian klasik kegemaran rakyat Malaysia... daripada nasi lemak, asam laksa mahupun telur separuh masak di atas roti bakar bersama kaya dan mentega.

Padankan hidangan tersebut bersama kopi dan kuih tempatan untuk mulakan hari anda yang ceria.

Menu restoran ini juga termasuk hidangan barat seperti chicken chop, tortilla dan pasta yang pastinya akan memuaskan lagi selera dan citarasa anda. Kopitiam ini semestinya salah satu restoran yang wajib anda cuba!

The Botanist Cafe

4. The Botanist, Cyberjaya

Satu lagi port makan best apabila anda ke Cyberjaya adalah The Botanist.

Merupakan sebuah kafe yang cantik dengan suasana tropika, 'kaki OOTD' jangan lepaskan peluang untuk posing di setiap sudut kafe ini ya, memang instagramable!

Antara hidangan yang wajib anda cuba adalah ‘bao burger’, selain unik ia adalah salah satu hidangan istimewa yang disajikan. Lebih menyelerakan apabila anda menikmatinya bersama kopi atau teh.

Bagi seorang vegan, sajian bukan tenusu turut disediakan.

Lucky Bros

5. Luck Bros Kopi

Luck Bros Kopi di KLIA2 menyajikan kopi, hidangan panas dan manisan yang beraneka.

Selain hidangan sarapan, makan tengahari dan makan malam, kafe ini juga mempunyai pilihan ‘on-the-go’ kepada mereka yang inginkan hidangan yang mudah dan cepat, terutama sekali kepada para penumpang penerbangan.

Jika anda ingin berkongsi kenikmatan minuman di sini bersama rakan-rakan atau keluarga anda, kami cadangkan 5 Street Coffee iaitu menu istimewa mereka yang mempunyai lima jenis kopi dari Johor, Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Kuala Lumpur.

Konsep kafe yang moden ini dapat menarik 'kaki instagram' dan 'pencinta makanan' juga.

Restoran Ummi Aisyah

6. Restoran Ummi Aisyah

Terletak di Pasar Perdagangan Warisan Central di Kota Warisan, Restoran Ummi Aisyah menyajikan hidangan makanan laut yang lazat daripada ikan bakar, sotong hingga sambal udang dan siput sedut masak lemak.

Menu daging ayam, kambing dan lembu juga terdapat di restoran ini. Makanan panas juga terus dihidang untuk menaikkan selera pelanggan.

Logo

Jika anda merancang untuk makan di sini, kami cadangkan hidangan istimewa mereka iaitu Siakap Terbang yang digoreng dan dihidangkan bersama sambal tempoyak dan sambal belacan.

Sepang adalah antara tempat yang amat digalakkan untuk meluangkan hujung minggu anda kerana banyak tempat menarik dapat dilawati.

Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan dan lawatan ke negeri Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain