suria

Maru Kafe tawar cita rasa Jepun di kedai serbaneka MyNEWS

Pelbagai seleksi makanan segar kini dijual di kedai serbaneka MyNEWS di seluruh Lembah Klang.

RAMAI daripada kita akan berada dalam keadaan terkejar-kejar terutamanya pada waktu pagi bagi menguruskan pelbagai urusan sebelum ke pejabat.

Senario itu belum ditambah dengan kesesakan lalu lintas yang membuatkan kita banyak menghabiskan masa di dalam kereta tanpa sempat bersarapan pagi.

Tetapi terima kasih kepada kewujudan kedai serbaneka yang menawarkan pelbagai makanan sedia dijamah dan sekaligus memudahkan kita bersarapan sambil memandu.

Namun kedai serbaneka terkenal MyNEWS tampil dengan kelainan apabila memperkenalkan rangkaian makanan berinspirasikan negara Jepun iaitu Maru Kafe.

MyNEWS turut menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah melalui MyNEWS DASH.

Menerusi Maru Kafe, terdapat pelbagai produk sedia dimakan disediakan termasuk seleksi kopi Maru Coffee, Maru Cream (ais krim) dan pelbagai jenis roti inspirasi resepi kegemaran masyarakat negara matahari terbit itu.

Tidak cukup dengan itu, Maru Kafe juga menawarkan pelbagai produk berasaskan nasi dan mi serta roti seperti sandwich, onigiri, bento, mi kari, nasi lemak, spageti dan sebagainya.

Paling penting ia disediakan segar di Kilang Penghasilan yang terletak di Kota Damansara selain kewujudan premis berinspirasikan daripada Jepun yang sangat mementingkan kebersihan, kualiti dan kesegaran.

Kesemua makanan dan minuman enak itu boleh didapati di kesemua 300 cawangan myNEWS di seluruh Lembang Klang.

MyNEWS Ryoyupan menawarkan pelbagai seleksi makanan.

"Kami sangat suka dengan konsep kedai serbaneka di Jepun, Taiwan dan Thailand yang mana pelanggan boleh masuk dan mencari barangan yang mereka mahukan.

"Jadi kami mahu pelanggan MyNEWS juga mengalami pengalaman sama serbaneka tetapi berkualiti tinggi," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyNEWS Holdings Berhad, Dang Tai Luk.

Tidak cukup dengan itu, Dang memberitahu bagi mengikut peredaran zaman dan permintaan pelanggan, pihaknya turut melancarkan MyNEWS DASH iaitu servis penghantaran dalam talian.

"Jika pelanggan inginkan barangan dari MyNEWS atau Maru Kafe dan tiada masa ke kedai serbaneka kami, jangan bimbang kerana MyNEWS DASH akan membuat penghantar ke depan pintu rumah anda," ujarnya.

MyNEWS, Maru Kafe, MyNEWS DASH, Jepun

Artikel Lain