suria

Penerbangan AirAsia KL-Maldives Ditambah, Promosi RM199

-Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: AirAsia akan meningkatkan operasinya ke Maldives menerusi pelancaran perkhidmatan tambahan yang akan dikendalikan  oleh syarikat sekutunya, AirAsia X, sebagai tambahan kepada penerbangan harian yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata AirAsia X akan mengendalikan perkhidmatan tambahan Kuala Lumur-Male sebanyak empat kali seminggu dengan kod penerbangan D7, menggunakan pesawat Airbus A330-300, bersamaan dengan penambahan 156,000 tempat duduk setahun, mulai 6 Februari, 2018.

Sempena pelancaran penerbangan tambahan itu, AirAsia menawarkan tambang promosi pengenalan serendah RM199 sehala, termasuk cukai ke atas semua penerbangan Maldives mulai sekarang hingga 14 Januari, 2018 bagi perjalanan serta-merta hingga 6 Mei, 2018.

Ketua Komersial AirAsia X, Barry Klipp, berkata sejak dilancarkan, laluan Kuala Lumpur-Maldives mencatatkan pertumbuhan besar permintaan, dengan lebih 130 peratus kapasiti tempat duduk awal tahun lepas apabila kekerapan penerbangan ditingkatkan daripada tiga kepada tujuh penerbangan seminggu.

"Walaupun kapasiti ditambah, kami terus menerima permintaan tinggi daripada keseluruhan rangkaian dan berharap perkhidmatan tambahan ini, dengan kapasiti lebih besar pesawat A330, kami dapat meneruskan dominasi pasaran ke Maldives," katanya. -Bernama

AirAsia, Maldives, tike Maldives

Artikel Sebelum

Artikel Lain