suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Somtam Paling Mahal Di Thailand Dikenal Pasti

-Gambar hiasan

SALAD betik atau lebih dikenali dengan nama somtam adalah salah satu makanan Thai yang paling popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong.

Kaji selidik baru-baru ini mendedahkan bahawa harga purata somtam dengan gabungan rasa manis, masam dan pedas ini paling mahal dikenal pasti di tepi pantai, Krabi.

Kementerian Perdagangan baru-baru ini meninjau harga produk pengguna 2018, termasuk somtam dan mendapati bahawa harga purata somtam adalah tertinggi di Krabi yang dijual pada harga THB60 (RM7.40) untuk setiap hidangan.

Harga ini ditetapkan peniaga disebabkan Krabi adalah salah sebuah destinasi pelancongan utama Thailand.

Somtam kedua paling mahal di negara itu dikenal pasti di Rayong THB55 (RM6.80), Bangkok THB35 (RM4.30) dan Si Saket THB30 (RM3.70). -ThaiPBS

somtam, Krabi

Artikel Berikut

Artikel Lain