suria

Jualan 'Online' Terbesar Di Malaysia Kembali Lagi!

PETALING JAYA: Jualan dalam talian terbesar Malaysia #MYCYBERSALE kembali lagi tahun ini dengan pelbagai tawaran barangan dan perkhidmatan pada harga menarik.

Bagi peminat barangan dalam talian yang sudah lama menantikan acara ini, inilah masanya untuk anda berbelanja sakan dengan adanya diskaun dan promosi menarik yang ditawarkan oleh peniaga dalam talian yang mengambil bahagian.

#MYCYBERSALE tahun ini berlangsung selama lima hari bermula dari 9 hingga 13 Oktober.

Program ini yang telah masuk tahun keempat ini dianjurkan oleh Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (Pikom) dan mendapat sokongan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

-fotoTHESTAR

Pikom adalah persatuan yang mewakili industri ICT di Malaysia, mempunyai lebih dari 1,200 syarikat korporat, dan profesional individu merangkumi peruncit, pemborong, dan komuniti pengguna multinasional.

Untuk berbelanja, anda hanya perlu layari laman web #MYCYBERSCALE dan memilih barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan pada harga eksklusif sepanjang acara ini berlangsung.

Antara yang ditawarkan termasuklah barangan automotif, keperluan bayi dan kanak-kanak, produk kecantikan dan kesihatan, buku, cenderamata, alat elektronik, makanan dan minuman serta tidak ketinggalan tiket bas atau penerbangan.

Jangan ketinggalan untuk menyertai cabutan bertuah dan memenangi hadiah menarik apabila anda berbelanja minimum RM50 dalam satu transaksi sepanjang berlangsungnya #MYCYBERSALE ini.

Pikom, MDEC, mycybersale

Artikel Berikut

Artikel Lain