suria

Kata-kata terakhir Diego Maradona sebelum meninggal dunia

Maradona meninggal dunia pada usia 60 tahun.

DEIGO Maradona megadu tidak sihat pada pagi dia mengalami serangan jantung.

"Saya rasa kurang sihat". Itu kata-kata terakhir Maradona sebelum meninggal dunia.

Legenda bola sepak dunia itu pergi semula ke bilik tidurnya selepas sarapan pagi sebelum memberitahu anak saudaranya, Johnny Esposito mengenai keadaan kesihatannya.

Jururawat yang menjaga Maradona selepas dia dibenarkan keluar hospital sebaik saja menjalani pembedahan otak segera menghubungi ambulans kerana panik dengan keadaannya.

Namun ia sudah terlambat, Maradona meninggal dunia sebelum ambulans tiba di kediamannya.

Media Argentina mengesyaki Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ketua pendakwa John Broyad berkata mayat Maradona dibawa ke bilik mayat berdekatan San Andres untuk bedah siasat.

"Diego Armando Maradona meninggal sekitar pukul 12 fengah hari waktu tempatan.

"Polis forensik memulakan tugas mereka pada pukul 4 petang. Tiada tanda-tanda unsur jenayah atau keganasan ditemui pada mayat," katanya. - DailyStar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain