suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Samuel Eto'o terlibat kemalangan, kereta dipandu dilanggar dari belakang

Eto'o dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

BEKAS bintang Chelsea, Barcelona dan Inter Milan, Samuel Eto’o terlibat dalam kemalangan semasa di Cameroon.

Difahamkan kereta dipandu Eto’o dilanggar sebuah kereta dari belakang.

Keretanya rosak teruk tetapi bekas pemain hebat itu dilaporkan dalam keadaan stabil.

Eto’o pernah memenangi tiga trofi Liga Juara-Juara sepanjang kariernya termasuk ketika bersama Inter.

Pada musim itu, Eto’o menyifatkan pasukan tersebut sebagai sebuah keluarga dan rumah kedua bagi dirinya.

"Memenangi kejuaraan treble adalah memori yang luar biasa kerana saya dikelilingi individu yang hebat.

"Rakan sepasukan saya, sudah tentu dan juga Massimo Morti yang juga seperti bapa saya," katanya. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain