suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Klopp pantau kehidupan peribadi anak buah guna akaun Instagram rahsia

Klopp mengetahui kehidupan peribadi anak buahnya selepas mengikuti mereka di Instagram.

PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp mendedahkan dia mengikuti kehidupan peribadi pemainnya di media sosial.

Menerusi satu temubual bersama talkSPORT, pengendali kelahiran Jerman itu berkata dia memantau pemainnya menggunakan akaun Instagram rahsia.

"Sejak musim panas lalu saya gunakan Instagram tersebut. Saya tidak aktif tetapi mengikuti semua pemain saya.

"Saya beritahu Ox (Alex Oxlade-Chamberlain) bahawa saya tahu tentang kehidupan peibadinya.

"Rata-rata pemain saya menjalani kehidupan mewah di belakang saya," katanya.

Menurut Klopp, akaun Instagram rahsia itu membolehkan dia memantau gerak-geri pemain bagi memastikan mereka tidak melanggar peraturan kelab.

"Perkara baik mengikuti setiap pemain menyebabkan saya tidak lupa tarikh hari lahir mereka. Itu sangat hebat," katanya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain