suria

Ronaldo bebas Covid-19, kembali perkuat Juventus

Ronaldo disahkan bebas Covid-19.

SELEPAS menjalani kuarantin di rumah selama 19 hari, bintang Juventus Cristiano Ronaldo akhirnya disahkan bebas jangkitan Covid-19.

Ronaldo disahkan positif ketika menjalani latihan antarabangsa bersama Portugal dan kembali ke Turin untuk menjalani tempoh isolasi diri.

Selepas 19 hari, dia kini kembali berlatih bersama pasukannya tetapi terlepas aksi menentang Barcelona.

Bekas pemain Manchester United itu disahkan positif dalam dua acara berbeza susulan keputusan ujian calitan pertama.

"Cristiano Ronaldo selesai menjalani ujian calitan untuk Covid-19. Keputusan negatif.

"Dia kini pulih sepenuhnya selepas 19 hari menjalani tempoh kuarantin di rumah," kata kenyataan yang dikeluarkan Juventus.

Ini bermakna Ronaldo bakal diturunkan menentang Spezia pada Ahad. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain