suria

Pemain England juara Piala Dunia 1966, Nobby Stiles meninggal dunia

Nobby Stiles merupakan legenda Manchester United dan pasukan England. foto Twitter ManUtd

PEMAIN yang membarisi skuad juara Piala Dunia 1966, England iaitu Nobby Stiles, meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Beliau yang juga merupakan legenda Manchester United itu meninggal dunia setelah lama menghidap penyakit.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarga Stiles: "Keluarga Stiles dengan dukacita ingin mengumumkan bahawa Nobby Stiles telah meninggal dunia hari ini (30 Oktober 2020), dikelilingi oleh keluarganya selepas lama sakit."

Keluarga Stiles turut meminta semua pihak memberikan ruang dan privasi kepada mereka ketika ini.



Nobby Stiles meninggal dunia pada usia 78 tahun. foto Reuters

Stiles dilahirkan di Collyhurst, Manchester di United Kingdom pada Mei 1942.

Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan Three Lions yang menjuarai Piala Dunia pada 1966, dan secara keluruhan beliau membantu memperoleh 28 caps buat negaranya.

Stiles juga membuat 311 kemunculan untuk Manchester United antara 1960 sehingga 1971. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain