suria

Hero Harimau Malaya terus jadi sebutan, ketahui liku-liku hidup Safawi sebelum dinobat Pemain Paling Bernilai

Safawi menyumbat dua gol aksi bertemu Indonesia selepas dinobatkan selaku Pemain Paling Bernilai 2019.

NAMA Safawi Rasid memang tidak asing lagi dalam sukan bola sepak negara.

Tidak keterlaluan jika menganggap anak muda berusia 22 tahun ini merupakan pemain paling hebat dalam Liga Malaysia, malah antara ayam tambatan dalam skuad Harimau Malaya.

Apa tidaknya, selepas menjadi penjaring terbanyak Piala Malaysia musim ini, anak kelahiran Dungun ini menjadi 'punca' skuad negara cemerlang menentang Indonesia ketika aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Selasa.

ARTIKEL BEKAITAN: Ayah kurang sihat, Safawi 'curi' masa pulang ke kampung

ARTIKEL BEKAITAN: Dari pakar libas ke padang bola, Safawi rela demi mengubah nasib dan masa depan keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Safawi mahu 2019 'clean' kontroversi cinta

Persembahan hebat Safawi itu berlaku sehari selepas dinobatkan sebagai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) buat kali kedua berturut-turut.

Safawi menyumbat gol kemenangan ketika bertemu Indonesia pada Selasa.

Dua gol cantik daripada Safawi menjadikan dia sebagai pemain 'emas' dalam skuad Sukan SEA yang bakal berlangsung di Filipina hujung bulan ini.

Ketahui beberapa fakta menarik mengenai penyerang muda kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) ini.

Memiliki keluarga 'sporting'

Anak kesembilan daripada 13 adik beradik bertuah kerana memiliki sebuah keluarga besar dan sentiasa menyokong kariernya.

Safawi sentiasa memastikan hubungan rapat dengan keluarganya. Foto kredit: Instastory

Safawi dilihat seorang anak yang terlalu menghormati kedua ibu bapanya. Hasil kerja keras dalam karier bola sepak, Safawi sebelum ini telah membeli sebuah rumah di kampung untuk keluarga.

Fokus bola sepak

Sebelum ini mStar pernah menemubual Safawi mengenai kehidupan peribadinya. Apa yang menarik, biarpun dia dipalit dengan kontroversi cinta beberapa selebriti tanah air, Safawi tidak pernah hilang fokus ketika di atas padang.

Bagi Safawi dia lebih pentingkan kerjaya dan fokus untuk terus membantu mencipta kejayaan untuk negara dan JDT.

Safawi antara pemain penting dalam skuad JDT.

Setakat ini Safawi antara watak penting bagi skuad JDT menjulang Piala Sumbangsih, Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.

Pilihan tepat

Safawi  lebih awal mencipta nama sebagai pemain sepak takraw apabila mewakili Terengganu dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) sejak di bangku sekolah rendah.

Namun ketika di Tingkatan 3, Safawi turut terpilih mewakili skuad bola sepak Terengganu dalam kejohanan MSSM. Jadi dia terpaksa melupakan sukan takraw dan fokus sepenuhnya kepada bola sepak.

"Pada awalnya saya main takraw sebab saya satu-satunya anak yang mewarisi bakat ayah (Rasid Sulung).

Lagipun ayah adalah bekas pemain sepak takraw Terengganu. Oleh itu saya bercita-cita nak mewakili negara dalam sukan ini," jelasnya kepada mStar sebelum ini.

Safawi mengekalkan gelaran Pemain Paling Bernilai buat kali kedua berturut-turut.

Cita-cita

Kesusahan yang dilaluinya sejak kecil menyebabkan dia bangkit mengubah kehidupan keluarganya.

Safawi turut mengimbau kembali saat-saat dia ke kedai runcit untuk berhutang barang keperluan harian yang dipesan ibunya.

"Jujur saya kata, keluarga saya pernah hutang kedai runcit sampai sebulan baru bayar balik. Bila ingat semula, ya Allah sedihnya.

"Melihat kesusahan yang dilalui keluarga membuatkan saya bersemangat untuk melakukan sesuatu bagi mengubah nasib keluarga saya.

"Saya cuba main bola sepak. Alhamdulillah bakat saya diiktiraf dan saya gunakan wang hasil titik peluh bermain bola untuk bantu keluarga.

"Masa kecil saya bercita-cita nak jadi doktor tapi saya dulu memang nakal, sekolah pun kurang. Jadi saya fikir bola sepak lebih sesuai dengan jiwa saya. Syukur sangat-sangat kerana karier ini dapat mengubah nasib saya dan keluarga," katanya.

Safawi Rasid, Harimau Malaya, JDT

Artikel Lain