Siapa Dennis Bekking di AMD? - Personaliti Sukan | mStar

Siapa Dennis Bekking di AMD?

JAWATAN Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) akhirnya diisi selepas kontrak Lim Teong Kim berakhir 31 Oktober lalu.

Dennis Bekking dianggap pengganti paling layak menduduki kerusi utama di AMD berdasarkan profil dan pengalamannya sebelum ini.

Bekking,42, merupakan bekas Pengarah Akademi Twente FC, Belanda dan juga pemegang Ijazah Sarjana Kepimpinan Sukan dari Universiti Salford di negara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Saad dilantik sebagai Pengarah Teknikal PPBN

Pengendali skuad muda di Belanda yang berasal dari wilayah Overijssel ini memulakan karier dalam bidang kejurulatihan pada Jun 2009 selaku jurulatih skuad B-12, B-15 dan B19 FC Twente.

Dia kemudian dilantik menjadi Pengarah Akademi kelab itu dan ditugaskan untuk menyelia latihan dan bengkel kejurulatihan bagi membangunkan bakat-bakat muda.

Bekking meneruskan kerjayanya ke kelab divisyen ke-2 Belanda, Go Ahead Eagles FC pada 2016 sebagai Pengurus Teknikal dan Pengarah Sukan bagi menguruskan hal teknikal pasukan utama, kedua dan akademi kelab tersebut.

Bekking memikul tugas sebagai Ketua AMD.

Menurut Bekking, dia berbangga kerana diberi kepercayan untuk melaksanakan misi di AMD ini.

“Saya akan cuba berkongsi segala input ke dalam program ini yang sememangnya sudah kelihatan hebat dan berpotensi besar.

"Ia dapat dilihat ketika pemain-pemain akademi beraksi di Belanda dalam perlawanan seperti Whitsun,” ujarnya kepada mStar sambil menambah sudah bersedia untuk memulakan tugas dengan persekitran baharu

Dalam pada itu Bekking turut memuji fasiliti yang terdapat di AMD.

“Kemudahan-kemudahan di AMD sangat menakjubkan dan persekitarannya sempurna untuk pembangunan pemain.

“Saya akan cuba membantu semua jurulatih dan pemain-pemain untuk meningkat bersama,” tambahnya yang bakal memulakan tugas secara rasmi pada 1 Disember ini.

Bekking mempunyai pelbagai pengalaman dalam bidang pengurusan.

Profil kerjaya Dennis Bekking; 

1998-2010-Guru Pendidikan Jasmani (Sistem Pendidikan Belanda)

2000-2001-Jurulatih Instruktor Akademi KVNB (Education of Grassroots & Pro Academy Coaches)

2002-2009 (Eredivisie) Ketua Bahagian Pemain Muda dan jurulatih (U12-U17)

2007-2015-Pemilik Akademi Bolasepak SVZ

2011-2013- Pengasas U14 Golden Talent Tournament (Pengarah Pertandingan)

2013-2014-Akademi KNVB, Pengarah Akademi KNVB

2016-2018- Pengarah Teknikal Go Ahead Eagle

2018- sehingga sekarang - Penasihat Sukan Prestasi Tinggi (Akademi Bola Sepak Global), Penasihat Pengurusan Bolasepak

Dennis Bekking , AMD , Pengarah AMD

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain