suria

Saad dilantik sebagai Pengarah Teknikal PPBN

Bekas pengendali Akademi Remaja PSG ini bakal memulakan tugas rasmi sebagai Pengarah Teknikal PPBN 1 Disember ini.

SAAD Ichalelene dilantik sebagai Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Nama Saad semenangnya tidak asing lagi sebelum ini apabila dia juga merupakan Ketua Pencarian Bakat dan Metodologi di AMD sejak 2016 sehingga tahun lalu.

Bekas pemain skuad kebangsaan Algeria ini, memulakan kerjaya sebagai ketua jurulatih Akademi Bola Sepak Remaja Paris Saint Germain (PSG) selama lebih kurang lima tahun (2012-2015) selepas bersara sebagai pemain profesional bersama PSG, Nimes Olympique dan USM Alger.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah lahirkan Paul Pogba dan Kylian Mbappe, siapa Saad di NFDP?

Saad dilantik memandangkan dia adalah 'tulang belakang' program latihan PPBN.

"Dia telah biasa dengan struktur PPBN. Hubungan baik bersama semua pemegang taruh termasuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga menjadi aset berharga kepada PPBN.

"Saad akan bertanggungkawan sepenuhnya ke atas program PPBN termasuk AMD apabil dilantik nanti," jelas satu kenyataan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Selain daripada pelantikan Saad, struktur PPBN juga diperkemaskan dengan melantik beberapa jawatan utama bagi membantu Saad termasuk Pengarah AMD (Dennis Bekking), Ketua Pencarian Bakat dan Metodologi (Abdifitaah Mohamed Hassan) dan Ketua Pembangunan Remaja (Aminuddin Hussain) bagi memastikan perjalanan program akar umni pada tahun 2020 dan seterusnya berjalan lancar.

Saad bakal menjalankan tugas secara rasmi bermula 1 Disember ini.

Saad Ichalelene, PPBN, AMD

Artikel Lain