suria

Arsenal intai pengganti Emery

Kedudukan dilaporkan semakin goyang.

ARSENAL dilaporakn sedang mencari pengurus baharu bagi menggantikan Unai Emery.

The Daily Mail memberitahu, pengurusan tertinggi kelab masih lagi memberi peluang kepada Emery untuk menguruskan pasukan.

Namun dalam masa sama pencarian mula dibuat dan mereka percaya masa akan berubah.

Beberapa nama seperti Massimiliano Allegri, Mikel Arteta dan Mauricio Pochettino antara yang menjadi sebutan.

Malah turut dilaporkan bahawa Steve Bould dan Freddie Ljungberg dalam perhatian untuk mengambil alih pasukan sementara waktu jika Emery dipecat hujung musim ini.

The Gunners kini berada ditangga kelapan Liga Perdana dengan 18 mata selepas perlawanan setakat ini. onefootball

Umai Emery, Arsenal, pengganti

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain