Liverpool vs Crystal Palace: Mohamed Salah hanya di bangku simpanan - Sukan | mStar

Liverpool vs Crystal Palace: Mohamed Salah hanya di bangku simpanan

Salah bergelut dengan kecederaan buku lali selepas diasak pemain Leicester City, Hamza Choudhury ketika Liverpool menang 2-1 awal bulan lalu. Foto: Foxsportasia

PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah diletakkan di bangku simpanan pada perlawanan Liverpool menentang Crystal Palace ketika perlawanan Liga Perdana.

Ia ekoran Salah yang mengalami kecederaan buku lali yang berterusan.

Penyerang Mesir itu bergelut dengan kecederaan buku lali selepas diasak pemain Leicester City, Hamza Choudhury ketika Liverpool menang 2-1 awal bulan lalu.

Salah terpaksa disisihkan ketika aksi Mesir menentang Kenya dan Comoro di samping foto menunjukkan dia memakai but pelindung di buku lali kiri.

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp kemudian memilih untuk memasukkan Alex Oxlade-Chamberlain untuk lawatan ke Selhurst Park.

Klopp sebelum ini menyuarakan rasa resah menunggu tahap kecergasan penyerang tersebut menjelang pertembungan pendahulu Liga Perdana itu dengan Crystal Palace.

Sementara itu, seorang lagi pemain, Andy Robertson juga mengalami masalah pergelangan kaki tetapi dia dimasukkan ke dalam senarai. - Foxsportasia

Mohamed Salah , Liverpool , Crystal Palace

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain