suria

Mourinho dedah sasaran utama di Tottenham – “Kembali senyum sangat penting”

Jose Mourinho. Foto PA Video/PA via AP

JOSE Mourinho memberitahu bahawa keutamaannya di Tottenham adalah mahu barisan pemainnya 'kembali senyum'.

Mourinho menggantikan Mauricipo Pochettino pada minggu ini sebagai pengurus Tottenham yang baharu.

Ditanya mengenai sasaran utama pada baki musim ini, pengurus berusia 56 tahun itu berkata: "Untuk kembali senyum adalah sangat penting.

"Berhubung dengan Liga Perdana Inggeris, kita tahu di mana kita berada, dan kita tahu bahawa kita tidak berada di sana. Kita lebih dekat ke bahagian bawah daripada di puncak, tetapi kita tidak takut, kita tidak takutmengenainya.

"Tiada kebimbangan mengenainya. Jika anda fikir tentang jarak, kita akan hilang motivasi dan harga diri, jadi saya tidak fikir kita harus berbuat demikian.

"Saya fikir kita hanya perlu bermain setiap perlawanan, mahu kemenangan untuk perlawanan seterusnya dan perkara yang sama selepas itu.

"Pada akhir musim, kita akan melihat di mana kita berada, tetapi saya tahu kita akan berada dalam kedudukan yang berbeza daripada sekarang. 

"Jom kita lihat apa yang boleh kita lakukan," ujar Mourinho. - Mail Online

Jose Mourinho, Totthenham

Artikel Lain