suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho dedah dirinya kini ‘orang baharu’

Jose Mourinho. Foto Sky Sports

JOSE Mourinho menegaskan bahawa beliau belajar daripada masalah yang berlaku di Manchester United.

Malahan, beliau berikrar untuk belajar kesilapan itu selepas berehat selama 11 bulan dari dunia bola sepak.

Pengurus baharu Tottenham yang menyifatkan dirinya sebagai merendah diri itu berkata, DNAnya kekal sama tetapi beliau akan mengubah beberapa caranya bagi mendapatkan barisan pemain terbaik.

Mourinho mengalami masalah peribadi di Manchester United, termasuk bersama bintang kelab itu, Paul Pogba.

ARTIKEL BERKAITAN: Mourinho ganti Pochettino, gaji pokok RM43 juta setahun

Beliau dipecat pada Disember 2018 selepas hilang sokongan pemainnya dan naib pengerusi eksekutifnya, Ed Woodward.

Ditanya sama ada beliau belajar daripada keadaan di Manchester United, Mourinho berkata: "Saya fikir begitu. 11 bulan terakhir ini telah digunakan untuk berfikir dan membuat persiapan. Anda tidak akan kehilangan DNA anda.

"Saya tahu dalam kerjaya saya terdapat kesilapan yang saya lakukan.

"Saya rendah hati. Saya cukup bersabar untuk cuba menganalisis kerjaya saya. 

"Bukan hanya tahun lepas tetapi masalah dan penyelesaiannya. Prinsip analisis saya bukanlah untuk menyalahkan orang lain.

"Saya sentiasa rendah diri. Masalahnya ialah anda tidak faham mengenainya. Saya sentiasa rendah diri tetapi ia dilakukan dengan cara saya," katanya. - Mail Online




Artikel Lain