Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?

Ronaldo bercinta dengan Georgina sejak 2015.

CRISTIANO Ronaldo menafikan dakwaan bahawa dia dan kekasihnya, Georgina Rodriguez berkahwin secara rahsia.

Majalah gosip Itali, Novella 2000 mendakwa pasangan itu melangsungkan perkahwinan mereka di Morocco awal tahun ini.

Laporan itu turut dipetik beberapa akhbar dan majalah di Portugal dan sekitar Eropah.

Novella 2000 yang berjanji untuk mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai perkara itu memetik sumber terdekat kepada pasangan tersebut sebagai berkata:"Majlis diadakan pada 29 Ogos lalu.

"Ketika itu Cristiano pergi ke Madeira bersama dengan peguamnya dan mengubah wasiatnya untuk melindungi Georgina.

"Sebelum itu asetnya dikawal ibunya, Dolores," kata sumber.

Namun wakil bintang Juventus itu memberitahu TMZ Sports bahawa Ronaldo dan Georgina masih belum berkahwin.

Malah sumber terdekat kepada Ronaldo menyifatkan dakwaan pemain itu berkahwin secara rahsia sebagai berita palsu.

Pasangan itu bercinta sejak 2015 dan mempunyai seorang anak, Alana Martina yang berusia dua tahun awal bulan ini.

Georgina yang berdarah Sepanyol sebelah ibunya turut membantu Ronaldo membesarkan tiga lagi anak Ronaldo. - Mirror.co.uk

Artikel Berkaitan

Artikel Lain