Brendan akui sedih terlepas peluang bertemu UAE Mac ini - Sukan | mStar

Brendan akui sedih terlepas peluang bertemu UAE Mac ini

Brendan terlepas aksi bertemu UAE di Dubai Mac ini.

GEMBIRA dalam tangisan. Itu situasi menggambarkan nasib pemain posisi tengah kebangsaan, Brendan Gan ketika ini dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Selepas membantu Malaysia menjulang kemenangan ke atas Thailand pada 14 November lepas dan ke atas Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa malam, perancang dari Perak itu akan terlepas perlawanan kelayakan menentang UAE pada Mac tahun depan di Dubai selepas mengumpul satu kad kuning dalam setiap perlawanan itu.

Brendan percaya ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Tan Cheng Hoe pasti mempunyai pilihan terbaik untuk menggantikannya bagi perlawanan menentang UAE.

"Saya kecewa kerana saya benar-benar mahu beraksi menentang UAE kerana ia perlawanan sangat penting bagi kami, tetapi saya mempunyai keyakinan penuh terhadap siapa sahaja yang dipilih menggantikan saya dan dapat melaksanakan tugas dengan baik.

"Pasukan ini adalah pasukan hebat, dan saya tidak bimbang mengenai siapa yang akan mengambil tempat saya," kata Gan ketika ditemui pemberita selepas pertandingan menentang Indonesia yang menyaksikan kemenangan selesa 2-0.

Mengulas mengenai perlawanan itu, Gan memuji rakan sepasukannya yang menunjukkan kesungguhan mereka untuk memastikan kemenangan di hadapan 75,434 penyokong Harimau Malaya.

Dia turut mendedahkan bahawa kemenangan itu tidak mudah kerana lawan mereka berjuang bermati-matian dalam perlawanan itu.

"Kami mengumpul sembilan mata (daripada lima perlawanan) dan berada dalam kedudukan selesa ( di tempat kedua) dalam jadual (Kumpulan G) buat masa ini dan berharap tahun depan, kami dapat meningkatkan kedudukan.

"Kami perlu positif terhadap kualiti (pemain) yang kami ada dan kami bukan pasukan kecil lagi, kami berkembang maju dan menjadi lebih baik di bawah jurulatih Tan dan para pemain mula bertambah yakin.

"Apabila anda mempunyai keyakinan itu, itulah yang akan mendorong anda terus berusaha keras dan menjadi pasukan yang hebat”, kata pemain kelahiran Australia itu.- Bernama

Brendan Gan , Harimau Malaya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Alli luah perasaan selepas Pochettino dipecat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain