suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea boleh jinakkan City - “Tak mudah tapi mereka boleh menang”

Eden Hazard.

EDEN Hazard yakin Chelsea akan bangkit daripada kekecewaan ketika bertemu juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City, Sabtu ini.

Kunjungan ke Stadium Etihad itu selepas cuti rehat antarabangsa merupakan ujian hebat buat Chelsea di mana mereka pernah tewas 0-6 kepada City pada Februari lalu.

Namun Frank Lampard percaya anak buahnya boleh menjinakkan City pada pertembungan sengit itu nanti.

Malah Hazard yang juga bekas bintang Chelsea yakin Chelsea berupaya menundukkan City dengan mudah.

"Sudah tentu saya fikir mereka boleh menang. Ia tidak mudah kerana agak sukar beraksi di sana.

"Kali terakhir kami bermain di sana kami tewas 0-6, jadi memori mengecewakan buat saya dan juga Chelsea.

"Namun saya fikir musim ini mereka amat bagus. Pemain muda amat berbakat, jadi mengapa tidak boleh menang di sana," katanya. - Metro.co.uk

Eden Hazard, Chelsea, Manchester City

Artikel Sebelum

Spurs pecat Pochettino!

Artikel Lain