suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Spekulasi Mourinho ganti Favre kembali disebut

Mourinho kembali dikaitkan dengan Borussia Dortmund.

BEKAS pengendali Manchester United, Jose Mourinho sekali lagi mengambil alih posisi Lucien Favre di Borussia Dortmund.

Spekulasi sama turut dikaitkan dengan Mourinho Oktober lalu.

Bagaimana pun, pengarah kelab Michael Zorc menafikan dakwaan tersebut.

"Kami tidak berbincang mengenai jurulatih dan gembira mempunyai Lucien Favre.

"Khabar angin mengenai Mourinho tidak betul," ujar Zorc bulan lalu.

Namun pada Isnin, timbul laporan mengatakan Mourinho semakin hampir mendapatkan tugas itu.

Mourinho dikatakan berpeluang untuk meraih gelaran kelima di negara berbeza selepas di England, Sepanyol, Portugal dan Itali.

Menurut laporan, Dortmund tidak gembira dengan keputusan perlawanan sejak akhir-akhir ini dan mahu mencari pengganti Favre dalam tempoh terdekat.

Mourinho meninggalkan Old Trafford tahun lalu dan sehingga kini masih belum kembali ke padang. - Onefootball

Artikel Lain