suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecederaan serius di otak, pejuang amatur wanita MMA meninggal dunia

Sai Aletaha meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius di bahagian kepala. Foto: Facebook

PEJUANG amatur seni belas diri campuran (MMA) meninggal dunia selepas mengalami kecederaan ketika bertarung.

Saeideh 'Sai' Aletaha,26, mengelami kecederaan di bahagian otak selepas keputusan K-1 di Central Hall di Southampton pada Sabtu malam.

Atlet kelahiran Britain-Iran yang menamatkan pengajian di Universiti Loughborough dibawa ke Hospital Southampton awal pagi Ahad dan meninggal dunia sehari selepas itu.

Sai Aletaha menyertai kejohanan dalam kategori 'lightweight' dalam kejohanan siri Fast & Furious yang dianjurkan oleh Lookborai dan Exile Gym.

"Berikutan insiden yang terjadi pada Sabtu malam itu, kami dengan dukacita mengumumkan bahawa salah seorang peserta Sai Aletaha dari Lookborai mengalami kecederaan kritikal dan tidak dapat diselamatkan.

"Semua peserta telah menjalani persediaan sebarang dalam menghadapi 99.9 peratus kemungkinan kecederaan berlaku.

"Tetapi ia berlaku walaupun pihak kami telah menyediakan pasukan perubatan termasuk doktor, paramedik dan ambulan," tulis Looborai di Facebook.

Siasatan mengenai insiden tersebut masih dijalan oleh pihak polis. - Dailymail.co.uk

MMA, meninggal dunia, wanita

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain