suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ejen nafi khabar angin Guardiola kembali ke Bayern Munich

Pep Guardiola. Foto Reuters

EJEN Pep Guardiola, Josep Maria Orobitg menafikan khabar angin mengenai kliennya bakal kembali ke Bayern Munich.

Dia menjelaskan bahawa Guardiola berasa selesa di Manchester City.

Pada masa ini, Bayern sedang mencari pengurus tetap baharu selepas memecat Niko Kovac berikutan kekalahan 5-1 yang memalukan kepada Eintracht Frankfurt pada 2 November lalu.

Hansi Flick telah diletakkan sebagai pengurus sementara sehingga akhir tahun.

Dan Guardiola merupakan salah satu daripada banyak nama yang dikaitkan dengan kekosongan itu. 

Orobitg bagaimanapun mengesahkan tiada seorang pun daripada kelab gergasi Jerman menghubunginya.

Untuk rekod, Guardiola menjadi pengurus Bayern Munich dari 2013 sehingga 2016, sebelum menyertai Manchester City. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Lain