Ibu solat sunat setiap malam mohon kejayaan Safawi - “Dengan mok, dia tak pernah kata ah” - Sukan | mStar

Ibu solat sunat setiap malam mohon kejayaan Safawi - “Dengan mok, dia tak pernah kata ah”

Safawi Rasid yang dinobat sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2019 turut menjadi watak penting di sebalik kemenangan ke atas Indonesia baru-baru ini. Foto: Bernama

IBU kepada pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid menjadikan amalan menunaikan solat sunat tahajud, taubat, hajat dan witir hampir setiap malam bagi memohon kejayaan dan keberkatan buat 13 anaknya.

Selemah Abu Bakar, 56, berkata, amalan tersebut akan bertambah sekiranya anak kesembilan itu terlibat dalam perlawanan selain mengamalkan zikir dan doa meminta Allah permudahkan urusan Safawi.

ARTIKEL BERKAITAN: Hero Harimau Malaya terus jadi sebutan, ketahui liku-liku hidup Safawi sebelum dinobat Pemain Paling Bernilai

ARTIKEL BERKAITAN: Ini bukan kali pertama... Kim Swee jawab kenapa Safawi tak tersenarai dalam skuad Sukan SEA

“Kalau ada game (perlawanan), lebihlah sikit buat contohnya biasa empat (rakaat) akan jadi enam. Mak cik biasa bangun awal pagi, buat solat sunat sementara menunggu Subuh.

“Sebelum perlawanan malam tu, pagi boleh buat solat Dhuha pula dan sentiasa berdoa supaya Allah berikan dia kemenangan dan kesihatan yang baik untuk bermain,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Khamis.

Ayah dan ibu kepada Safawi, Rasid Sulong dan Selemah Abu Bakar. Foto: Sinar Harian

Menurut Selemah, dia berbangga dan bersyukur kepada Allah dengan kejayaan Safawi menewaskan pasukan Indonesia dalam Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Bukit Jalil Selasa lalu.

Menganggap Safawi sebagai anak yang baik dan banyak membantu keluarga, dia berharap pemain yang dinobat Pemain Paling Bernilai (MVP) pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2019 baru-baru ini akan terus menempa kejayaan.

“Dengan mok, dia tak pernah kata 'ih', tak pernah kata 'ah'. Bukan mak cik nak berbangga atau apa, sejak dari sekolah dia memang begitu.

“Kemenangan yang dicapai juga mungkin sebab dia banyak membantu keluarga dan orang lain yang memerlukan. Dia tidak pernah lokek, selalu hulurkan bantuan jika ada adik-beradik atau saudara susah,” katanya.

Bapanya, Rasid Sulong, 65, pula berkata, Safawi akan menghubungi dia dan isteri setiap kali sebelum perlawanan bermula bagi memohon restu dan ia menjadi amalan ketika mengikuti perlawanan sejak di bangku sekolah.

“Sebelum perlawanan, dia akan hubungi minta saya dan mak dia doakan dia dapat bermain dengan baik, dapat jaringkan gol kemenangan dan tidak bersikap kasar di padang.

“Saya pula nasihati dia supaya jaga solat, anak saya dari kecil saya terapkan supaya pentingkan solat,” katanya. - SINAR HARIAN

Safawi , ibu , solat sunat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mourinho dedah dirinya kini ‘orang baharu’

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain