suria

Bekas pemain kebangsaan, Kelantan Ramli Abdullah meninggal dunia

Allahyarham Ramli Abdullah. Foto Facebook Kelantan FA

BEKAS pemain kebangsaan dan Kelantan era 80an Ramli Abdullah, 68, meninggal dunia di kediamannya pada pukul 11.30 pagi Jumaat.

Pegawai Media Persatuan Bekas-bekas Pemain Bola Sepak Kelantan Era 80an (Era80), Padli Salleh berkata, Allayarham meninggal dunia di rumahnya di Kampung Laut, Tumpat, akibat sakit jantung.

"Allahyarham pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan pada kejohanan Sukan SEA di Jakarta, Indonesia pada 1978, dan bermain di posisi sayap kiri.

"Allahyarham diserang angin ahmar sejak beberapa tahun lalu," katanya ketika dihubungi Bernama di Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.

Padli berkata, antara rakan pasukan yang pernah bermain bersama Allahyarham ialah Affendi Yusoff, Mohd Hashim Mustafa, Zahasmi Ismail, Salim Mahmud, Irfan Bakti Abu Salim, Abdul Hamid Ramli, Nik Salleh Nik Man, Allahyarham Mahadi Yusof, Yassin Mohd Noor dan ramai lagi.

Beliau berkata, jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Laut selepas Asar.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata pemergian Allayarham satu kehilangan besar kepada bola sepak negara, khususnya Kelantan.

"Kami mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allayarham yang membantu menyumbang idea kepada bola sepak Kelantan, sama ada secara langsung atau tidak," katanya. - Bernama

Era80, KAFA, Ramli Abdullah

Artikel Lain