suria

Siapa pengurus EPL paling top musim ini? Jom semak senarai 6 jurulatih terbaik

Musim 2019 menyaksikan saingan hebat daripada beberapa kelab dalam EPL musim ini.

JIKA pemain itu menjadi perhatian, individu yang sepatutnya diberi pujian tentulah jurulatihnya.

Jurulatih atau pengurus adalah orang yang paling layak menerima penghargaan apabila seseorang pemain itu berada di kemuncak prestasi mahu pun bergelar pemain bintang.

Jika sebelum ini peminat lebih menumpukan senarai pemain-pemain paling mahal, paling berbisa atau diminati ramai, namun kali ini kita teliti personaliti di belakang mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa ungguli carta 10 pemain terbaik EPL 2018/19?

Liga Perdana Inggeris antara liga yang diminati seluruh peminat bola sepak dunia.

Selain pemain kesayangan sering menjadi sebutan, beberapa nama jurulatih turut diberi perhatian dengan sentuhan magis mereka.

Jom kenali Top 6 pengurus atau jurulatih Liga Perdana Inggeris terbaik setakat ini;

6. Frank Lampard (Chelsea)

Lampard berjaya dalam kelompok pengurus yang jadi perhatian.

Bekas pemain legenda The Blues ini kembali ke kelab kesayangannya sebagai pengurus selepas posisi itu ditinggalkan Maurizio Sarri awal musim ini.

Biarpun dianggap sebagai pendatang baharu dalam dunia pengurusan, Lampard mampu bertahan mengharungi cabaran sengit yang diberikan kelab-kelab terkemuka lain.

Bekas pemain tengah berusia 41 tahun ini menguruskan Derby County sebelum ke Stamford Bridge.

5. Ole Gunnar Solskjaer, Manchester United

Ole Gunnar Solskjaer

Sebelum ke Old Trafford, Solskjaer mencatat profil pengurusan baik dengan menjulang trofi Norway dua tahun berturut-turut pada 2011 dan 2012.

Solskjaer adalah antara bekas pemain legenda Manchester United yang diberi peluang mengendalikan kelab ini tahun lalu sebagai pengurus sementara.

Pengendali berusia 46 tahun ini berjaya menarik perhatian penyokong United dan pengurusan kelab dengan rekod baik ketika awal musim sekaligus dilantik menjadi pengurus tetap di kelab berkenaan.

4.Unai Emery, Arsenal

Dengan rekod cemerlang kertika bersama Sevilla selama tiga musim (2014-2016) Emery menjadi pilihan utama untuk mengurskan The Gunners menggantikan Arsene Wenger tahun lalu.

Bagaimanapun pengendali kelahiran Sepanyol ini berdepan dengan situasi sukar untuk mengubah era Wenger yang sekian lama bertapak di Stadium Emirates.

Aksi hambar skuadnya musim ini menjadi kedudukannya agak goyang dan sukar dijangka.

3. Mauricio Pochettino, Tottenham Hotspur

Pochettino sentiasa meletakkan Spurs dalam kedudukan terbaik liga.


Bekas pemain Argentina berusia 47 tahun ini merupakan watak penting dalam menaikkan nama Spurs dalam liga.

Sepanjang lima tahun berkelana di Hotspur, Pochettino berjaya mengubah kelab antara yang terkuat dalam liga. Malah lebih menarik, dia juga membawa Spurs ke aksi Liga Juara-Juara dan ke final musim lalu.

Pochettino dikenai sebagai jurulatih yang lebih suka menonjolkan pemain-pemain muda di padang.

Walaupun masih belum berjaya menjulang trofi liga, dia dianggap sebagai 'guru taktikal' dalam bola sepak moden.

2. Jurgen Klopp, Liverpool

Kelab Liverpool kendalian Klopp kini berada di tangga teratas kedudukan liga.


Bekas pengurus Borrusia Dortmund berusia 51 tahun ini tiba di Anfield pada 2015.

Kloop dianggap pengurus luar biasa bagi penyokong-penyokong The Reds  apabila berjaya membawa pasukan ke final, dan turut trofi Liga Juara-Juara musim lalu.

Corak permainan berintensi tinggi yang dipamerkan dalam skuadnya menjadikan pengurus dari Jerman ini antara yang disegani.

1. Pep Guardiola, Manchester City

Guardiola membawa City bergelar juara Liga Perdana dua tahun berturut-turut.

Guardiola mengekalkan rekod bersihnya di Barcelona dengan kejayaan besar 2009 (treble) sebelum ke Manchester City pada 2017.

Dia digelar jurulatih terbaik dunia setakat ini dengan kejayaan merangkul gelaran domestik.

Peminat-peminat bola sepak menganggap Guardiola bukan sahaja 'pengeluar trofi' sebaliknya lebih menjadi tumpuan adalah gaya yang digunakan di padang adalah lebih maju daripada pasukan lain.

Sepanjang berada di City, Guardiola berjaya menyusun trofi kelab ini sejak 2018 dengan bergelar juara Liga Perdana dua kali berturut-turut bagi musim 2017-2018 dan 2018-2019) serta beberapa trofi lain.

Jurulatih, terbaik, pengurus, epl, 2019

Artikel Lain