Final Piala Malaysia kembali, ketahui 6 pemain jadi tumpuan penyokong Harimau Selatan-Lang Merah - Personaliti Sukan | mStar

Final Piala Malaysia kembali, ketahui 6 pemain jadi tumpuan penyokong Harimau Selatan-Lang Merah

Stadium Nasional Bukit Jalil bakal dipenuh penyokong JDT dan Kedah Sabtu ini.

AKSI final Piala Malaysia edisi ke-93 ditunggu-tunggu peminat bola sepak tempatan bagi menyaksikan pertembungan dua kelab gergasi dari selatan dan utara, iaitu Kedah dan JDT.

Lebih mengagumkan  keua-dua pasukan ini layak ke pentas akhir selepas mengharungi aksi penuh dramatik sepanjang Piala Malaysia berlangsung.

Kedua-dua tampil di pentas Piala Malaysia ini dengan langkah bergaya apabila JDT turun selaku juara Liga Super manakala Kedah pula merupakan juara Piala FA.

Pertembungan kedua-dua pasukan ini dianggap perlawanan ulangan Piala Malaysia 2017 yang menyaksikan skuad Harimau Selatan menjulang trofi selepas kemenangan 2-0.

Namun apa lebih menarik, bukan sahaja rekod yang bakal menjadi impian, sebaliknya beberapa nama besar bintang bola sepak tempatan dijangka turun dengan penuh bangga dengan lencana kelab di dada masing-masing.

Beberapa nama yang dijangka menjadi perhatian penyokong-penyokong bola sepak tempatan:

1. Safawi Rashid (JDT)

Safawi dianggap pemusnah pasukan lawan.


Antara pemain muda yang namanya selalu meniti di bibir-bibir penyokong tempatan. Dengan rekod cemerlang sepanjang kempen Piala Malaysia musim ini, Safawi,22, dianggap penyerang berbisa JDT.

Jaringan hatrik ketika aksi kedua separuh akhir menentang Selangor Sabtu lalu menjadikan pemain kelahiran Dungun,Terengganu ini tumpuan di padang dengan rekod 10 gol keseluruhan dalam kempen ini.

Gerakan berbahayanya pasti akan mengucar kacirkan benteng perlawanan lawan.

Safawi merupakan pemain tempatan pertama sejak Shahrel Fikri Fauzi (PKNP FC) pada musim 2017 untuk menjaringkan hatrik dalam aksi Piala Malaysia.

2.Muhammad Syafiq Ahmad (JDT)

Shafiq antara pemain yang perlu diber perhatian pihak lawan.


Prestasi bekas penyerang Kedah berusia 24 tahun ini dilihat berada di kemuncak dengan aksi luar biasa apabila ledakannya pada saingan suku akhir sebelum ini berjaya meletakkan JDT ke saingan separuh akhir.

Sebelum ini Syafiq juga antara watak utama dalam skuad negara dengan menjaringkan dua gol pada aksi Kelayakan Dunia 2022/2023 baru-baru ini.

3.  Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Zaquan dan Baddrol antara ayam tambatan pasukan Kedah.


Pemain senior Kedah berusia 31 tahun ini antara 'ayam tambatan' Lang Merah.

Jaringannya ketika saingan separuh akhir Sabtu lalu ketika bertemu dengan Pahang membuktikan Baddrol antara penyerang yang tidak boleh terlepas pandang.

Jika sebelum ini Baddrol membantu membawa Kedah menjulang trofi Piala FA musim ini, tetapi kali ini dia berazam untuk membawa pulang Piala Malaysia yang dimenangi 2016.

4.  Zaquan Adha Abdul Radzak dan Aidil Zafuan (Kedah & JDT)

Aidil merupakan pemain pertahanan JDT.


Pasangan berpengalaman kembar ini buat julung kalinya bakal bertemu dalam skuad berbeza dalam aksi akhir liga tempatan.

Zakuan,32, antara penggerak utama di barisan serangan Lang Merah antara pemain yang diharapkan penyokong-penyokong untuk melakukan sesuatu istimewa pada aksi akhir ini.

Manakala abang kembarnya, Aidil merupakan pemain penting di barisan pertahanan di JDT dan pastinya akan mengekang kemaraan pasukan lawan.

Selain itu, Zakuan mengakui perlawanan ini dianggap detik paling manis dalam kariernya sepanjang 13 tahun selepas berjaya mara ke pentas akhir dengan agregat 8-8 ke atas Pahang.

5.  Diogo Luis Santo (JDT)

Jaringan berbisa Santo turut ditagih pada aksi akhir Piala Malaysia Sabtu ini.


Penyerang import termahal JDT,  Diogo Luis Santo antara pemain yang digeruni lawan.

Gandingannya bersama Safawi dilihat sebagai gandingan berbisa dalam membuka peluang gol di gawang pihak lawan.

Pemain berusia 32 tahun kelahiran Brazil ini dijangka dikawal ketat sekiranya turut beraksi selalu pemain utama Sabtu ini.

JDT , Kedah , Piala Malaysia , Final

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain